Utusan Borneo (Sarawak)

PIBG organisasi signifikan bagi perkembang­an sekolah: Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting bagi perkembang­an sesebuah sekolah.

Menurutnya, tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungja­wab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi saluran atau perantaraa­n untuk mencetuska­n hala tuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlan­gan pendidikan serta pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah terbilang.

“Kecemerlan­gan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan seiring.

“Oleh itu saya menyeru supaya kita berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangun dan memajukan PIBG demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita.

“Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehka­n sesebuah organisasi memaksimum­kan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlan­gan yang membanggak­an,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Merarau sempena Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran bersama Lembaga Pengurusan Sekolah, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Lingga, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Lingga dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) pasar Lingga di Dewan Masyarakat Lingga dekat sini, baru-baru ini

Katanya, wawasan dalam pendidikan amat menitikber­atkan pandangan dan masa depan. Justeru, untuk merealisas­ikan hasrat dan wawasan pendidikan yang kita inginkan, maka salah satu strategi yang boleh dilaksanak­an ialah dengan merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG.

“Peranan dan hubungan baik antara ibu bapa, guru dan masyarakat setempat seharusnya sentiasa terjalin dan kukuh.

“Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan permuafaka­tan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlan­gan sekolah,” tegasnya.

Selain itu, PIBG juga dapat menjadi pemangkin kepada terjalinny­a hubungan rapat dengan jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan ke arah mewujudkan permuafaka­tan dan perkongsia­n bijak demi kebaikan bersama.

“Masalah sosial pada hari ini cukup membimbang­kan kita semua. Gejala sosial dan keruntuhan moral yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah sangat mencemaska­n kita.

“Banyak faktor yang menyumbang berlakunya gejala tidak sihat ini tetapi kita tidak seharusnya saling menuding jari mencari kesalahan manamana pihak,” tegasnya.

“Oleh yang demikian masalah ini perlulah dipandang serius semua pihak. Di sinilah terletakny­a peranan dan tanggungja­wab PIBG untuk sama-sama berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah.

“Pendidikan moral dan penerapan nilai-nilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai modal insan harus diberikan secukupnya kepada anak-anak agar gejala negatif dapat dihindarka­n lebih awal,” jelasnya.

Justeru katanya, PIBG di sekolah berkenaan perlu bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudann­ya dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan berkesan ke arah kecemerlan­gan yang diharapkan.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Temenggung Kueh Aik Seng, Penghulu Tiong Choon Onn, Kaunselor Waterkille­r James Junit, guru besar sekolah serta ahli lembaga yang lain.

Pada majlis berkenaan, Harden turut menyampaik­an geran RM3,000 kepada Benevolent Society Lingga manakala Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Pasar Lingga menerima peruntukan RM5,000.

Lembaga Pengurusan SJK Chung Hua Lingga pula menerima peruntukan RM10,000 manakala JKKK dan Biro Wanita Rumah Kasa, Kampung Empelanjau masing- masing menerima peruntukan RM5,000 dan RM3,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia