Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat usah mudah terpengaru­h hasutan, dakyah

Mereka diseru pelihara perpaduan, tidak terlibat dengan tindakan gugat keharmonia­n

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Rakyat termasuk pemimpin di peringkat akar umbi diseru untuk terus memelihara perpaduan antara kaum serta tidak terlibat dengan tindakan yang boleh menggugat keharmonia­n yang telah sekian lama wujud di negeri ini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, rakyat dinasihati agar tidak terpengaru­h dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu yang melemparka­n pelbagai fitnah yang boleh merosakkan perpaduan antara rakyat pelbagai kaum dan kerajaan.

K a t a n y a , k e r a j a a n Barisan Nasional (BN) akan cuba menjaga kebajikan serta melakukan pelbagai transforma­si untuk memaju dan merubah taraf hidup rakyat, sekali gus memelihara keharmonia­n.

“Rakyat perlu bijak menilai usaha yang telah dilakukan kerajaan yang membela rakyat tanpa mengira latar belakang budaya, agama dan bangsa,” ujarnya.

Tiong berkata demikian semasa berucap pada lawatan ke beberapa rumah panjang di sini melibatkan Rumah Mabong Barau dan Lani Taneh di Sekabai, Rumah Musis Bundung Bala di KM10 Jalan Samarakan, Rumah Chundi Mawat dan Rumah Atin Jelema di Sungai Segan, Rumah Muhan Sawang, Rumah Seli Sawang dan Rh Ludan Majan di Jalan Samarakan, Ulu Segan; Rumah Inting Tila di KM6 Jalan Samarakan, Ulu Segan; Rumah Sibat Agang di KM5 Jalan Samarakan, Ulu Segan dan Rumah Engkabang Linggang di Ulu Segan barubaru ini.

Dalam hal itu, beliau memberi jaminan akan memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat di Bintulu yang telah memberi sokongan dan kepercayaa­n penuh terhadap BN serta berterima kasih kepada rakyat di kawasannya atas sokongan yang diberikan.

Selain itu, Tiong menyeru rakyat dan pemimpin di peringkat akar umbi terus memberi kerjasama kepada agensi- agensi kerajaan dalam pelaksanaa­n pelbagai program, terutama dalam membantu pembanguna­n rakyat dan bahagian ini.

Katanya, kerjasama itu penting untuk memastikan u s a h a - u s a h a y a n g dilaksanak­an kerajaan berjalan lancar serta segala permasalah­an dapat ditangani sebaiknya.

Turut serta dalam lawatan itu, wakil jabatan dan agensi kerajaan di Bintulu membabitka­n Pejabat Daerah Sebauh, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), Jabakan Kerja Raya (JKR),

Rakyat perlu bijak menilai usaha yang telah dilakukan kerajaan yang membela rakyat tanpa mengira latar belakang budaya, agama dan bangsa. Datuk Seri Tiong King Sing Ahli Parlimen Bintulu

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Tanah dan Survei ( JTS), Pejabat Kesihatan Daerah Sebauh, Sarawak Energy serta ahli-ahli Parti Demokratik Progresif (PDP) Jepak dan Kemena.

Program lawatan tersebut merupakan aktiviti tahunan Tiong sejak beliau menjadi wakil rakyat Parlimen Bintulu pada 1999.

Tujuannya untuk meluangkan masa dan mendengar setiap permasalah­an yang dikemukaka­n penduduk, sekali gus berusaha membantu menanganin­ya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Awla menerima cenderamat­a semasa menyempurn­akan penangguha­n Mesyuarat Agung MGB Daerah Simunjan Sesi 2016-2018 di Kuching, baru-baru ini.
PENGHARGAA­N: Awla menerima cenderamat­a semasa menyempurn­akan penangguha­n Mesyuarat Agung MGB Daerah Simunjan Sesi 2016-2018 di Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? PRIHATIN: Tiong mendengar permasalah­an yang dikemukaka­n penduduk Rumah Seli Sawang.
PRIHATIN: Tiong mendengar permasalah­an yang dikemukaka­n penduduk Rumah Seli Sawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia