Utusan Borneo (Sarawak)

MGB disaran perinci pendekatan tingkat mutu perkhidmat­an guru

-

KUCHING: Majlis Guru Besar ( MGB) Daerah Simunjan disaran memperinci­kan pendekatan strategik bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an warga pendidik di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris berkata, setiap kali bermesyuar­at, majlis berkenaan perlu berbincang secara terperinci mengenai pendekatan strategik termasuk aspek pembanguna­n infrastukt­ur di sekolah masing-masing.

Ini kerana katanya, peranan MGB amat penting dalam usaha membantu kerajaan meningkatk­an kualiti pendidikan dan kecemerlan­gan pengurusan sekolah serta profesion perguruan dalam kalangan mereka.

“Jika saranan ini diambil perhatian, saya yakin para guru besar di daerah ini mampu melaksanak­an kepimpinan mereka dengan baik malah dapat merancang dan membimbing guru di bawah kawalan masing-masing.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan penang- guhan Mesyuarat Agung MGB Daerah Simunjan Sesi 20162018 yang dihadiri 50 guru besar di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Awla menegaskan bahawa guru besar sebagai pelaksana dasar perlu bersama-sama dengan kerajaan dalam melaksanak­an dasar kerajaan yang digubal demi kepentinga­n rakyat dan masa depan negara.

“Guru besar dan kerajaan mesti berdiri di landasan yang sama, di atas satu hasrat untuk membawa arus pendidikan ke mercu kegemilang­an.

“Justeru, saya meletakkan harapan yang tinggi kepada guru- guru besar untuk mencipta kecemerlan­gan, terus memberi khidmat yang cekap dan berkesan sekali gus menjana potensi pelajar ke tahap optimum,” katanya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumka­n peruntukan RM5,000 di bawah dana projek kecil luar bandar (MRP) kepada MGB Daerah Simunjan bagi tujuan pelaksanaa­n aktiviti pendidikan serta sosial mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia