Utusan Borneo (Sarawak)

SPP KL platform e-dagang usahawan Sarawak

Perkembang­an teknologi, Internet telah merevolusi­kan cara menjalanka­n perniagaan

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Sarawak Product Pavillion (SPP) di Kuala Lumpur akan menjadi platform kepada usahawan di negeri ini untuk menceburi e-dagang bagi mempromosi­kan produk serta meluaskan pasaran.

Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais berkata, perkembang­an teknologi dan Internet telah merevolusi­kan cara menjalanka­n perniagaan.

“SPP di Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan hanya sebagai pusat mengumpul, mempamer dan memasarkan produk daripada usahawan Sarawak, malah lebih penting berperanan sebagai platform bagi menjalanka­n perniagaan secara dalam talian atau e- dagang,” ujarnya ketika dihubungi, kelmarin.

Naroden ditanya mengenai peranan SPP KL yang mula beroperasi selepas dirasmikan Menteri Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Januari lepas.

Beliau yang juga Menteri Muda e- Dagang berkata, SPP dilengkapi kemudahan Internet dan ruang khas bagi menjalanka­n perniagaan secara dalam talian.

Beberapa komputer riba, studio dan kamera bagi mempromosi­kan produk dan kemudahan mereka bentuk bungkusan produk turut disediakan.

Usahawan Sarawak di Kuala Lumpur dan kawasan berhampira­n katanya, boleh menggunaka­n kemudahan yang disediakan untuk mempromosi­kan produk mereka serta usahawan lain dari Sarawak.

“Kita juga menggalakk­an usahawan yang celik Internet di Kuala Lumpur bekerjasam­a dengan pemilik produk dari Sarawak ini secara terus atau melalui kementeria­n,” jelasnya.

Di samping itu ujar Naroden, SPP juga menyediaka­n ruang khas bagi mengadakan mesyuarat, kafe dengan menu dari Sarawak dan ruang pameran Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA).

Difahamkan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun aBANG Openg bersetuju untuk merasmikan SPP pada 21 April depan, di mana lebih 200 produk dari Sarawak akan dipamerkan.

SPP di Jalan Tuanku Abdul Rahman bukan hanya sebagai pusat mengumpul, mempamer dan memasarkan produk daripada usahawan Sarawak, malah lebih penting berperanan sebagai platform bagi menjalanka­n perniagaan secara dalam talian atau e-dagang. Datuk Mohd Naroden Majais Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana

 ??  ?? MOHD NARODEN
MOHD NARODEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia