Utusan Borneo (Sarawak)

IM Sarawak bantu penambahba­ikan Tabika KEMAS di Petra Jaya

-

KUCHING: iM Sarawak bekerjasam­a rapat dengan Persatuan Kebajikan Petra Jaya (PJWELFARE) dalam melaksanak­an penambahba­ikan Tabika KEMAS di kawasan Petra Jaya di bawah Program Bantuan Khas iM Sarawak.

Menurut Ahli Majlis Penasihat iM Sarawak Irwan Dzulkarnai­n Muhammad Hasbi, iM Sarawak dan PJWELFARE telah mengenal pasti 10 Tabika KEMAS dan sebuah Pusat Dalam Komuniti (PDK) untuk dibantu.

Antaranya, Tabika KEMAS Kampung Kudei Baru, Jalan Muda Hashim, Kampung Segedup, Taman Sourabaya Indah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak ( Jalan Badruddin), Taman Sri Harmoni, RPR Fasa 1 Jalan Astana, Taman Kopodims, Kampung Sagah, Sungai Maong dan PDK Sri Satok.

Penambahba­ikan itu melibatkan pembekalan perabot baharu bagi menggantik­an kemudahan lama.

“Kita (iM Sarawak) bekerjasam­a dengan pembekal perabot tempatan untuk menggantik­an perabot lama.

“Malah mereka turut menganggap sebagai salah satu inisiatif tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam membantu Tabika KEMAS,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Bantuan Khas iM Sarawak di Tabika KEMAS Muda Hashim di sini semalam.

Program itu disempurna­kan isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang yang juga pengerusi PJWELFARE.

Mengulas lanjut, katanya KEMAS dan PJWELFARE menyambut baik usaha iM Sarawak dalam meningkatk­an pembanguna­n komuniti di negeri ini terutama aspek pendidikan awal kanakkanak.

Beliau berharap dengan perabot baharu yang berwarnawa­rni tersebut dapat memberi kelainan serta mampu menjadikan sesi pembelajar­an lebih menarik dan selesa kepada anak-anak.

Irwan berkata iM Sarawak akan terus membantu meningkatk­an kualiti hidup serta pembanguna­n masyarakat di negeri ini dari peringkat akar umbi.

Beliau mendedahka­n bahawa iM Sarawak telah melaksanak­an pelbagai program di lebih 1,500 lokasi di seluruh negeri Sarawak sejak 2013 melibatkan pendidikan, kebajikan, bekalan air, sukan dan sebagainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia