Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha digalak usahakan inap desa di pedalaman, tanah tinggi

-

KUCHING: Pengusaha inap desa di negeri ini digalak mengusahak­an industri itu di kawasan pedalaman atau tanah tinggi bukan di kawasan berhampira­n bandar.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ketika ini rata-rata inap desa di Sarawak terletak berhampira­n bandar menyebabka­n ia terpaksa bersaing dengan hotel- hotel bertaraf bintang.

Keadaan i tu ujarnya, menyebabka­n banyak inap desa di negeri ini kurang mendapat sambutan sehingga menjejaska­n pendapatan operatorny­a.

“Secara peribadi saya sangat percaya inap desa seharusnya dibangunka­n di luar bandar besar, seperti pedalaman dan kawasan tanah tinggi.

“Ini kerana di kawasan seperti itu, usahawan atau ahli perniagaan tidak mampu membina hotel besar disebabkan kos yang tinggi serta skala ekonomi tidak menguntung­kan,” katanya ketika ditemui dalam satu majlis di sini baru-baru ini.

Menurutnya inap desa dipromosik­an oleh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) rata-ratanya terletak berhampira­n bandar besar yang sudah ada banyak hotel atau rumah penginapan lain.

“Kenapa tidak inap desa dibangunka­n di Baleh, misalnya, kerana kawasan itu antara destinasi pelanconga­n berasas alam semula jadi yang berpotensi besar dikembangk­an.

“Masalahnya sekarang ialah tiada tempat penginapan di situ menyebabka­n ramai pelancong asing yang mahu melihat jeram atau menikmati keindahan alam semula jadi di situ tidak dapat ke sana,” jelasnya.

Karim turut mendedahka­n, ketika ini terdapat banyak masalah tidak sepadan (mismatch) melibatkan industri inap desa di Sarawak termasuk pemberian lesen beroperasi kerana ketika ini ia dikeluarka­n oleh MOTAC.

Beliau berkata kementeria­nnya akan cuba menyelesai­kan masalah itu secara berperingk­at kerana ia melibatkan banyak perkara.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata terdapat banyak inap desa tidak berdaftar beroperasi di Sarawak disebabkan kesukaran mendapatka­n lesen.

“Inap desa tidak berdaftar ini wujud kerana sukar mendapatka­n lesen tetapi di sebaliknya banyak rumah panjang seperti di Lundu memperuntu­kkan satu bilik atau ruang untuk tujuan itu dengan mengenakan kadar bayaran tertentu.

“Dalam hal i ni kita menggalakk­annya dengan syarat kemudahan disediakan di situ terutama sistem sanitasiny­a menepati piawai,” katanya.

Tambahnya kementeria­nnya akan mempertimb­angkan satu kawal selia untuk memastikan kemudahan sanitasi di inap desa menepati standard.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL KARIM
ABDUL KARIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia