Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda OKU dilapor hilang sejak 12 Mac

-

BINTULU: Seorang lelaki berumur 25 tahun yang keluar rumah sejak 12 Mac lalu tidak kunjung pulang sehingga kini.

Bantuan orang ramai diperlukan untuk mengesan Indera Alok, justeru sesiapa yang mengenalin­ya diminta memaklumka­n kepada balai polis terdekat sekiranya menjumpain­ya.

Laporan polis telah dibuat kakaknya Christina Alok yang juga seorang suri rumah di One Stop Centre Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu pada 10.13 malam, 13 Mac.

Christina berkata, adiknya keluar dari rumah pada jam 9.15 pagi, 12 Mac di Taman Emas Jalan Tung Kie Tong Tanjung Batu namun sehingga ke hari ini tidak pulang semula.

Beliau meluahkan kebimbanga­n mengenai keselama- tan adiknya itu dan khuatir perkara yang tidak diingini berlaku.

Adiknya itu yang mempunyai kelainan fizikal merupakan pemegang Kad Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikeluarka­n Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementeria­n Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Alamat lain pada kad pengenalan adiknya adalah Rumah Jeffery Nudong, Nanga Ibau, Kapit.

Keterangan lanjut dan mereka yang mengetahui kedudukan atau menjumpai remaja lelaki itu diminta menghubung­i Sarjan Ahmad Amir Youb Bahari di talian 086-312531.

Gambar yang disertakan adalah pakaian terakhir yang digunakan remaja lelaki terbabit sebelum kehilangan­nya.

 ??  ?? DICARI: Indera Alok yang dilaporkan tidak pulang sejak keluar dari rumah 12 Mac lalu.
DICARI: Indera Alok yang dilaporkan tidak pulang sejak keluar dari rumah 12 Mac lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia