Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Libas di dua lokasi berasingan membuahkan kejayaan, rampasan cecah RM75,000

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Operasi Ops Libas yang dilancarka­n pasukan Batalion 10, Polis Gerakan Am (PGA) di dua lokasi berasingan dekat sini membuahkan kejayaan berupa rampasan arak dan rokok seludup bernilai kira-kira RM75,000 semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA Superinten­den Sanudin Md Isa berkata, hasil serbuan yang diketuai Pegawai Risik Inspektor Hafizhazma­n Hassan bersama sembilan anggotanya dan seorang pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sebuah rumah di Jalan Nibong di sini, sekitar jam 10 pagi kelmarin telah berjaya merampas 1125 karton rokok putih dan kretek pelbagai jenama dan jenis.

“Semasa tiba di tempat kejadian, ketua serbuan memanggil penghuni rumah beberapa kali tetapi tiada orang berada di situ,” katanya.

Ketua serbuan bersama pasukannya kemudian bertindak memasuki kawasan rumah melalui pintu pagar utama yang tidak berkunci untuk menjalanka­n pemeriksaa­n.

“Hasil siasatan lanjut, kita menjumpai beberapa kotak pelbagai jenama disimpan di dalam garaj di bahagian belakang rumah tersebut,” katanya.

Sanudin berkata, rokokrokok tersebut yang dipercayai barang seludup kemudian dirampas dan laporan polis mengenainy­a telah dibuat di Balai Polis CPS di sini.

“Susulan serbuan itu, kita meneruskan operasi di sebuah rumah kosong di Jalan Berlian sekitar tengah hari semalam sebelum merampas arak seludup,” katanya.

Katanya, pasukan serbuan terpaksa mengumpil mangga berantai menggunaka­n pemotong besi sebelum memasuki kawasan rumah tersebut.

Sejurus itu katanya, mereka sekali lagi mengumpil mangga pintu rumah yang juga dalam keadaan berkunci.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati 324 kotak minuman keras jenis arak dan 690 kotak rokoks seludup pelbagai jenis disimpan di dalam rumah tersebut,” katanya.

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan di lokasi kedua adalah RM45,000.

Menurutnya, kebanyakan barangan seludup seperti rokok dan arak dipercayai dibawa masuk ke daerah ini melalui sungai menggunaka­n kapal.

“Hasil risikan pihak kami, Sibu telah dijadikan bandar tumpuan barang seludup kerana lokasi strategikn­ya, sebelum diedarkan ke tempat lain,” ujarnya.

Oleh kerana itu katanya, pihaknya perlu bekerja lebih keras membantera­s penyeludup­an seumpamany­a dan berharap untuk berganding bahu dengan agensi-agensi lain untuk tujuan itu.

“Kedua-dua kes akan disiasat lanjut mengikut Seksyen 135 ( 1) ( d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Kesemua barangan rampasan telah diserahkan kepada Jabatan Kastam Cawangan Sibu untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? BERJAYA: Sanudin (dua kanan) bersama tiga pegawai BN10 PGA menunjukka­n barang rampasan hasil serbuan di dua lokasi berbeza di Sibu, pada sidang media pagi semalam.
BERJAYA: Sanudin (dua kanan) bersama tiga pegawai BN10 PGA menunjukka­n barang rampasan hasil serbuan di dua lokasi berbeza di Sibu, pada sidang media pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia