Utusan Borneo (Sarawak)

Polis rampas dadah RM9,000, berkas tiga suspek

-

MIRI: Polis berjaya merampas dadah dengan nilai anggaran RM9,000 selepas melakukan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kayan, Long Lama, Marudi dekat sini petang kelmarin.

Dalam serbuan itu, seorang wanita berusia 30 tahun di dalam rumah tersebut ditahan bersama dua lelaki masingmasi­ng berusia 43 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik ( JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata, bertindak atas maklumat orang awam, sepasukan anggota JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Sarawak ditugaskan dalam operasi tersebut.

“Polis berjaya menjumpai satu bekas makanan yang mengandung­i sejumlah 30 peket plastik lutsinar mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu.

“Berat kasar dadah yang dijumpai kira-kira 62.7 gram dengan anggaran nilai berjumlah RM9,000,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Sahar berkata, ujian sar- ingan awal air kencing yang dijalankan mendapati dua suspek lelaki didapati positif dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e, manakala suspek wanita pula negatif dadah.

“Kesemua suspek yang tidak mempunyai rekod kesalahan lampau itu kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Dalam kes berasingan, seorang mekanik ditahan polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah di sebuah bengkel kereta tidak bernombor di Pekan Long Lama, Marudi petang kelmarin.

Tangkapan suspek lelaki berusia 33 tahun itu dibuat sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak sekitar jam 2.30 petang.

Sahar berkata, tangkapan tersebut berjaya menemui sepeket plastik yang mengandung­i dua keratan tiub penyedut minuman berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu di dalam bengkel berkenaan.

“Berat kasar dadah yang dijumpai kira-kira 5.2 gram dengan anggaran nilai rampasan keseluruha­n RM720.

“Saringan awal air kencing juga telah dijalankan dan mendapati suspek positif dadah jenis methamphet­amine dan amphetamin­e,” katanya sambil menambah kata, suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Sahar berkata, suspek yang ditangkap kini ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun.

“Selain itu, hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan,” katanya.

 ??  ?? DIRAMPAS: Peket dadah yang dijumpai dalam bekas makanan di rumah terbabit.
DIRAMPAS: Peket dadah yang dijumpai dalam bekas makanan di rumah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia