Utusan Borneo (Sarawak)

UCTS menawarkan skim biasiswa baharu

Penawaran skim baharu sempena ulang tahun kelima UCTS, hargai sokongan orang ramai

- Oleh Andy Sabang

Sebagai penghargaa­n kepada orang ramai atas sokongan mereka selama ini, kami telah mewujudkan skim biasiswa baharu.

SIBU: Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) menawarkan skim biasiswa baharu yang dikenali sebagai Yayasan UCTS kepada pelajar baharu pengajian asasi.

Menurut Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid, penawaran skim baharu itu dibuat sempena ulang tahun kelima UCTS.

Beliau berkata, tawaran itu adalah satu penghormat­an dan cara UCTS berterima kasih atas sokongan masyarakat selama ini.

“Sebagai penghargaa­n kepada orang ramai atas sokongan mereka selama ini, kami telah mewujudkan skim biasiswa baharu.

“Ia juga bagi menggantik­an rebat 30 peratus yang

Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid Naib Canselor UCTS

ditawarkan pada peringkat awal UCTS yang dihentikan sekitar tiga tahun lalu,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Katanya, ramai ibu bapa mahukan UCTS melaksanak­an semula skim rebat 30 peratus.

Bagaimanap­un, selepas kajian dibuat, pihak universiti mahu memberi skim yang lebih bermanfaat kepada para pelajar yang layak, ujarnya.

Tambah beliau, di bawah skim tersebut pengagihan biasiswa dibahagika­n kepada tiga kategori.

Kategori pertama meliputi semua yuran pengajian dan yuran asrama dan dikhaskan kepada pelajar yang skor sekurang- kurangnya 4A dalam SPM.

“Yuran pengajian program asasi ialah RM10,000 dan yuran bulanan asrama adalah RM200.

“Di bawah kategori ini, kami akan menanggung semua yuran pengajian dan yuran asrama,” ujarnya.

Bagi kategori kedua, Khairuddin menjelaska­n bahawa skim tersebut hanya menanggung yuran pengajian pelajar yang memperoleh­i 2A, 2B, 1C dan ke atas dalam SPM.

Manakala kategori ketiga skim berkenaan hanya me- nanggung 50 peratus yuran pengajian dan ia adalah untuk pelajar yang memperoleh­i sekurang-kurang 5C.

“Dengan skim baharu ini, kami berharap ia meringanka­n beban pelajar khususnya mereka yang datang daripada keluarga berpendapa­tan rendah serta dari luar bandar,” tambah beliau.

Katanya, penawaran skim tersebut merupakan salah satu cara untuk menarik lebih ramai lepasan SPM melanjutka­n pengajian di UCTS.

 ??  ?? HARGAI SOKONGAN: Khairuddin (empat kiri) bersama yang lain menunjukka­n poster skim biasiswa baharu yang ditawarkan UCTS, semalam.
HARGAI SOKONGAN: Khairuddin (empat kiri) bersama yang lain menunjukka­n poster skim biasiswa baharu yang ditawarkan UCTS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia