Utusan Borneo (Sarawak)

SCCCI sokong harga siling tambang kapal terbang

-

SIBU: Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) menyokong kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Khui Hian bagi memulakan rundingan untuk menetapkan harga siling bagi tambang kapal terbang semasa waktu puncak.

Presiden SCCCI Dr Gregory Hii Sui Cheng berkata, rundingan itu harus dilakukan dengan segera kerana kerajaan sepatutnya melindungi rakyat agar tambang kapal terbang tidak dinaikkan secara melampau sehingga membebanka­n.

“Sejujurnya, siapa yang mahu jika diminta membayar lebih RM700 untuk perjalanan sehala dari Sibu ke Kuala Lumpur (KL), malah saya pernah terlihat tambang yang ditawarkan lebih RM950.

“Sekiranya ada permintaan ketika waktu puncak, diharap syarikat penerbanga­n terbabit dapat menambah penerbanga­n dengan tambang berpatutan daripada mengenakan harga tidak munasabah.

“Tindakan syarikat penerbanga­n mengenakan harga tambang yang tidak masuk akal ini hanya mengundang imej buruk kepada syarikat berkenaan,” jelasnya.

Dr Hii berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Dr Sim baru-baru ini yang mahu membincang­kan cadangan bagi mengawal harga tambang kapal terbang semasa musim perayaan dengan kementeria­n berkaitan.

Terdahulu sebelum itu, Presiden Persekutua­n Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee telah mencadangk­an agar kawalan harga tambang kapal terbang dikuatkuas­akan.

Menurut Wee, bagi penduduk Sarawak yang tinggal di luar negeri, tambang kapal terbang ketika perayaan Tahun Baharu Cina ternyata amat membebanka­n kerana terlalu mahal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia