Utusan Borneo (Sarawak)

MPC Wilayah Sarawak mahu lahir lebih banyak organisasi cemerlang

-

KUCHING: Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak berhasrat melahirkan lebih banyak organisasi cemerlang demi kelangsung­an pembanguna­n negeri Sarawak.

Menyokong usaha itu, Ahli Lembaga Pengarah MPC Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak menggesa lebih banyak organisasi awam dan swasta mengikuti program kecemerlan­gan yang dianjurkan oleh MPC Wilayah Sarawak.

“Saya difahamkan MPC ini telah menjalanka­n banyak program kecemerlan­gan organisasi mulai tahun lalu malah tahun ini, ia telah ditambah baik selaras dengan usaha kerajaan negeri yang fokus kepada ekonomi digital.

“Saya berharap dengan usaha sedemikian, ia dapat membantu kerajaan ke arah matlamat yang ditetapkan dan seterusnya memberi manfaat kepada semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikan ketika merasmikan program ‘Workshop On Developmen­t of Vision, Mission and Objectives For Business Excellence’ di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Seramai 19 peserta daripada agensi kerajaan dan swasta menyertai bengkel selama satu hari itu yang turut dihadiri Pengarah MPC Wilayah Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid dan Pensyarah Universiti Islam Antarabang­asa Malaysia (UIAM) Profesor Madya Dr Suhaimi Mhd Sarif.

Dzulkifli berkata, usaha ke arah kecemerlan­gan perlu dilaksanak­an dengan sistematik demi menjamin sumber dan hasil yang diharapkan oleh sesebuah organisasi.

Menurutnya, organisasi cemerlang bukan hanya merujuk kepada prestasi kewangan sahaja tetapi ia turut merangkumi semua aspek termasuk aspek pekerja, alam sekitar dan komuniti.

“Sesebuah organisasi cemerlang sentiasa menitikber­atkan hubungan dan kebajikan komuniti, pelanggan dan pembekal.

“Maka itu, saya berpendapa­t bengkel ini dapat dijadikan sebagai garis panduan serta platform untuk organisasi terlibat mempunyai rangka kerja kecemerlan­gan perniagaan yang sentiasa relevan mengikut peredaran semasa,” katanya.

 ??  ?? AMANAT: Dzulkifli menyampaik­an ucapan pada program berkenaan di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tengku Azmi (kanan) dan Suhaimi (tengah).
AMANAT: Dzulkifli menyampaik­an ucapan pada program berkenaan di Kuching, semalam. Turut kelihatan Tengku Azmi (kanan) dan Suhaimi (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia