Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM akan pamer kapal perang terbesar di Pelabuhan Bintulu

-

BINTULU: Tentera Laut Diraja Malaysia ( TLDM) bakal mempamerka­n kapal perang terbesar dalam inventorin­ya iaitu KD Sri Indera Sakti 1503 pada 1 April depan di Pelabuhan Bintulu berikutan sambutan menggalakk­an warga Bintulu pada kunjungan Hari Terbuka Kapal Latihan Gagah Samudera TLDM pada 24 Februari lalu.

Pegawai Operasi Tim Nukleus Markas Wilayah Laut 4 TLDM Leftenan Komander Ryandal Adrian Andreas mengucapka­n terima kasih kepada warga Bintulu yang memberi sambutan hebat serta sanggup beratur panjang semasa pameran aset TLDM tersebut, sekali gus mendorong pucuk pimpinan membawa kapal yang lebih besar untuk dipertonto­nkan kepada warga Bintulu.

Dalam pada itu katanya, mengenai Program Pelayaran KD Sri Indera Sakti ke Malaysia Timur, ia untuk memberi peluang kepada mereka yang terlepas peluang melawat Kapal Latihan Gagah Samudera dan membeli pelbagai cenderamat­a TLDM sebelum ini.

“Pada kali ini TLDM ingin memberi peluang kepada penduduk Bintulu melihat sendiri dan melawat kapal paling besar milik TLDM iaitu kapal jenis Multi Purpose Command Support Ship (MPCSS) yang mempunyai struktur binaan sepanjang 100 meter dan seberat 4,300 tan, yang telah ditauliahk­an pada 24 Oktober 1980.

“Kapal tersebut pernah beroperasi di perairan Teluk Aden, Somalia bagi menentang lanun pada tahun 20082009. Kapal itu juga mampu memuatkan 16 kenderaan berat tentera atau 24 Land Rover,” ujarnya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, pelawat juga akan berpeluang melihat sendiri helikopter operasi maritim jenis FENNEC.

Beliau menyeru semua penduduk tidak melepaskan peluang melawat kapal terbesar milik TLDM yang dibuka seawal jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari tersebut kelak.

Sebelum itu, akan diadakan temu ramah bersama Pegawai Memerintah KD Sri Indera Sakti di konti Radio RTM Bintulufm pada 30 Mac dan Projek Jiwa Murni ‘Go Green’ dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) di sekitar Tanjung Batu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para tetamu kehormat yang bergambar bersama pada malam terbabit.
UNTUK ALBUM: Para tetamu kehormat yang bergambar bersama pada malam terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia