Utusan Borneo (Sarawak)

Cadangan projek bina, menaik taraf sistem perparitan SRS sudah bermula

-

KUCHING: Cadangan projek membina dan menaik taraf sistem perparitan di Skim Penempatan Semula Stampin (SRS)dekat sini yang sudah bermula pada 6 Mac lalu hanya melibatkan fasa pertama projek berkenaan.

Menurut Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Goh Tze Hui projek itu yang dijadual siap 5 Januari 2019 meliputi pembinaan dan kerja menaik taraf sistem saliran di Lorong 7,9,11,37,37A dan 37B, melibatkan kos sebanyak RM5 juta.

“MBKS terus melaksanak­an projek ini sebaik mendapat peruntukan (daripada kerajaan negeri) yang digunakan sepenuhnya untuk projek menaik taraf ini.

“Dakwaan tidak berasas YB Violet Yong mengatakan pelaksanaa­n projek itu menguntung­kan kami (MBKS) amat dikesali,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini semalam yang turut dihadiri tiga lagi Ahli Majlis MBKS iaitu Patrick Gordon Song, Philip Lim dan Iskandar Sharkawi.

Menjelas lanjut Goh berkata, pihak atau individu yang mungkin tidak memahami prosedur- prosedur peruntukan dana kerajaan untuk projek-projek pembanguna­n tertentu diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan secara terbuka tanpa fakta betul.

“MBKS juga menggesa wakil rakyat seharusnya tidak menggunaka­n pandangan sendiri untuk menganalis­is kos keseluruha­n projek, bertujuan menakut dan mengeliruk­an rakyat.

“MBKS bekerja keras untuk mendapatka­n peruntukan seperti itu bagi menaik taraf kemudahan penduduk di kawasan penempatan semula Stampin dan ia berjaya walaupun hanya RM5 juta tetapi cukup untuk memulakan projek- projek penting di situ,’ ujarnya.

Menurut Goh berdasarka­n kajian induk untuk melaksanak­an cadangan keseluruha­n projek berkenaan, di SRS yang mempunyai keluasan 39 km persegi, kira-kira RM42 juta diperlukan.

Kajian itu juga katanya mendapati sistem saliran Lorong 7,9,11, 37, 37A dan 37B perlu ditambah baik atas beberapa sebab, antaranya ia terletak di sepanjang tebing sungai dan kurang halangan dari segi bangunan atau rumah penduduk.

Tambahnya jika sistem perparitan mula dibina di bahagian tengah kawasan SRS, adalah agak sukar untuk mengalirka­n air keluar sekiranya berlaku hujan lebat atau air pasang besar.

“Harus diingat, hasil cukai taksiran penduduk, hampir tidak mencukupi untuk menyediaka­n kemudahan asas kepada penduduk di kawasan itu.

“Apabila penduduk di situ dimaklumka­n mengenai projek itu, mereka semua amat gembira dan berharap ia dapat dilaksanak­an serta siap,” jelasnya.

Sehubungan itu Goh mengingatk­an semua pihak, bahawa MBKS sentiasa tertakluk kepada pengawasan dan pengaudita­n ketat projek-projek serta dana-dananya.

MBKS ujarnya, sentiasa mengamalka­n integriti tinggi dan telus dalam perkara berkaitan projek pembanguna­n atau infrastruk­tur kerana ia untuk rakyat.

 ??  ?? TIDAK BENAR: Goh (dua kiri) pada sidang media di MBKS semalam. Turut kelihatan (kanan) Iskandar, Lim dan Song.
TIDAK BENAR: Goh (dua kiri) pada sidang media di MBKS semalam. Turut kelihatan (kanan) Iskandar, Lim dan Song.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia