Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis amal, SMK Agama Miri hargai kerjasama semua pihak

-

MIRI: Jawatankua­sa penganjur ‘Charity Dinner 2.0 SMK Agama Miri’ yang diadakan di Hotel Pullman Miri Waterfront baru-baru ini mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada orang awam khususnya mereka yang terlibat menjayakan acara terbabit.

Pengerusi penganjur merangkap Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Agama Miri Marini Juraibi berkata, penghargaa­n turut ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ahli Parlimen Sibuti Datuk Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

“Acara 3 Mac lalu yang dihadiri lebih 1,000 tetamu berjalan dengan lancar dan pihak kami amat berterima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

“Sehubungan itu juga, kehadiran wakil rakyat, tetamu kehormat dan Residen Miri Sherrina Hussaini, ketuaketua kaum dan masyarakat, alumni SMK Agama Miri, ibu bapa, para pelajar serta warga sekolah membuatkan acara terbabit amat bermakna,” ujarnya semalam.

Marini turut melahirkan penghargaa­n atas kerjasama yang diberikan Syarikat Linor Sdn Bhd, JAD Travel & Tours Agency, Kornia’s Recipe serta Melati Desa Kafe & Katering.

“Majlis amal pada malam tersebut juga menjadi saksi kepada tertubuhny­a Alumni SMK Agama Miri ( SMKAMi).

“Selain merapatkan silaturahi­m antara bekas pelajar dengan warga sekolah, majlis ini juga secara langsung menggambar­kan perkembang­an terkini pencapaian SMK Agama Miri,” ujarnya.

Jelas Marini, susulan majlis tersebut, pihaknya berjaya mengumpul dana berjumlah RM35,000.

Sehubung itu, beliau berharap kerjasama dan sokongan yang diberikan itu berterusan dalam penganjura­n program lain yang akan datang dalam usaha membangunk­an pencapaian sekolah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia