Utusan Borneo (Sarawak)

Suspek mengaku pernah seludup dadah ke Malaysia

-

BANGKOK: Tiga suspek dalam kes cubaan menyeludup 304 kilogram heroin ke Malaysia melalui Narathiwat di selatan Thailand, Ahad lepas, mengaku ‘ berjaya’ menyeludup sejumlah besar dadah ke negara jiran itu.

Menurut satu sumber dalaman Biro Pencegahan Narkotik (NSB), tiga lelaki berkenaan membuat pengakuan itu ketika disoal siasat pihak polis.

“Suspek memberitah­u penyiasat bahawa mereka berjaya menyeludup dadah dengan jumlah sama ( ke Malaysia) lebih kurang enam atau tujuh kali sebelum ini,” kata sumber itu kepada Bernama, tanpa mendedahka­n identitiny­a kerana tidak diberi kuasa untuk mengeluark­an kenyataan kepada media.

Tiga suspek dari Pattani itu diberkas selepas pihak berkuasa menahan sebuah lori yang dalam perjalanan ke Malaysia di satu pusat pemeriksaa­n di Narathiwat dan menjumpai sejumlah heroin berkualiti tinggi, yang polis percaya akan dihantar ke destinasi ketiga selepas tiba di negara jiran itu.

Dua daripada suspek diberkas di dalam lori berkenaan, manakala seorang lagi dicekup dalam operasi susulan.

Dalam satu laporan terdahulu, NSB mengumumka­n jumlah heroin yang dirampas mereka dalam operasi di Narathiwat itu seberat 280kg.

Sumber itu berkata, pihak berkuasa sedang menjejaki seorang suspek yang mereka percaya memainkan peranan penting bagi mendapatka­n dadah berkenaan dari kawasan Segi Tiga Emas untuk diseludup ke Malaysia.

Sementara itu, ketua NSB Lt Jen Sommai Kongvisais­uk berkata rampasan heroin seberat 304kg dalam satu operasi di Narathiwat itu merupakan kejayaan besar bagi agensi berkenaan kerana jumlah itu sama dengan separuh daripada jumlah heroin yang dirampas pihak berkuasa tahun lepas.

Ketuanya, Lt Jen Sommai Kongvisais­uk berkata, rampasan dadah yang begitu besar jumlahnya itu menunjukka­n terdapat permintaan tinggi bagi bahan itu di pasaran antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia