Utusan Borneo (Sarawak)

Polis kenal pasti individu menyamar pegawai istana

-

SHAH ALAM: Polis telah mengenal pasti individu yang menyamar sebagai pegawai dari Istana Selangor serta mengeluark­an surat tawaran penganuger­ahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata suspek didapati menyamar sebagai Setiausaha Dewan Diraja Selangor yang menawarkan anugerah ‘Datuk’, kononnya daripada Istana Selangor.

“Kita percaya akan dapat menyelesai­kan kes ini dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mazlan berkata polis menjalanka­n siasatan susulan laporan polis yang dibuat Dewan Diraja Selangor pada Isnin lepas berhubung sepucuk surat tawaran penganuger­ahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada individu bernama Goh Boon Leong.

“Siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Siasatan Je- nayah Komersial Selangor di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu tipu dengan jalan penyamaran, yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Pada masa sama, Mazlan menasihati orang ramai supaya mendapatka­n pengesahan daripada pihak berkuasa sekiranya ada sebarang keraguan melibatkan penganuger­ahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor bagi mengelak daripada terpedaya dengan cubaan individu tertentu melakukan penipuan.

Kelmarin, Dewan Diraja Selangor dalam satu kenyataan berkata pihaknya tidak pernah mengeluark­an surat tawaran penganuger­ahan darjah dan bintang kebesaran negeri Selangor kepada individu berkenaan.

Sehubungan itu, Setiausaha­nya Hanafisah Jais membuat satu laporan polis atas dakwaan pemalsuan surat berkenaan yang kononnya telah mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

“Surat palsu berkenaan juga mengandung­i beberapa fakta tidak benar termasuk menggunaka­n jata negeri Selangor yang salah serta nama dan tandatanga­n Setiausaha Dewan Diraja Selangor yang palsu.

“Perbuatan ini adalah satu jenayah penipuan yang amat serius dengan tujuan untuk memperdaya orang ramai, menjejaska­n nama baik Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor serta mencemarka­n institusi diraja Selangor,” kata Hanafisah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? REPLIKA CEK: Sun (dua kanan) menerima replika cek bernilai RM50,000 yang disampaika­n Margaret (tengah) bagi pembelian pakaian seragam Kor Kadet Polis pada majlis penyerahan pakaian seragam berkenaan di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama REPLIKA CEK: Sun (dua kanan) menerima replika cek bernilai RM50,000 yang disampaika­n Margaret (tengah) bagi pembelian pakaian seragam Kor Kadet Polis pada majlis penyerahan pakaian seragam berkenaan di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia