Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan buat spekulasi kes remaja meninggal dunia ketika bercuti

-

GEORGE TOWN: Mayat seorang wanita warga Indonesia ditemui dalam sebuah almari di sebuah rumah di Flat Green Garden, Air Itam, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 10 malam, mayat Santi Restauli Simbolan, 25, ditemui dalam keadaan terduduk dan terkunci dalam sebuah almari di dalam bilik utama rumah sewa teman lelakinya oleh dua lelaki yang merupakan rakan serumah teman lelaki wanita itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata rumah sewa itu didiami tiga lelaki termasuk teman lelaki mangsa yang bekerja di kilang yang sama dengan wanita berkenaan di Bayan Lepas.

“Dua lelaki itu memecahkan pintu bilik lelaki terbabit apabila terhidu bau busuk dari bilik itu sejak dua hari lepas dan mereka turut memecahkan pintu almari yang berkunci itu. Berdasarka­n keadaan mayat, mangsa dipercayai mati sejak empat hari lepas,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata mangsa yang tinggal di tingkat 17 flat yang sama dilihat berada dalam rumah sewa teman lelakinya pada Jumaat lepas dan tidak keluar dari bilik berkenaan selepas itu.

Anuar berkata teman lelaki wanita berkenaan berusia 27 tahun yang identitiny­a telah dikenal pasti itu telah melarikan diri dan kali terakhir dilihat di rumah itu Sabtu lepas.

Beliau berkata usaha mengesan suspek giat dijalankan dan setakat ini polis tidak menolak kemungkina­n motif pembunuhan itu adalah kerana cemburu.

“Polis menahan dua rakan serumah suspek yang berusia 22 dan 23 tahun bagi membantu siasatan. Mayat mangsa di hantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat,” katanya. — Bernama MELAKA: Orang ramai khususnya pengguna media sosial dinasihatk­an tidak membuat sebarang spekulasi atau menokok tambah berita kematian seorang remaja perempuan yang meninggal dunia ketika bercuti ke negeri ini pada 10 Mac lepas seperti yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Sun Teoh Tia berkata orang ramai sebaliknya perlu menyerahka­n kepada pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci terhadap kes tersebut dan tidak mengganggu siasatan yang dijalankan.

Mengulas mengenai kes tersebut, beliau berkata pihaknya menerima laporan kes itu pada kira-kira jam 3.15 pagi hari kejadian iaitu 10 Mac lepas dan laporan berkenaan dibuat anggota polis yang bertugas di Balai Polis Pulau Sebang di sini.

“Mangsa yang berasal dari Johor datang ke negeri ini bersama keluarga untuk bercuti dan dilaporkan dimasu- kkan ke Hospital Tampin pada 10 Mac lepas kerana mengalami kecederaan.

“Setakat ini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan kita sedang menjalanka­n siasatan lanjut daripada pelbagai sudut serta menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan pakaian seragam Kor-Kadet Polis di sini semalam.

Sehubungan itu, Sun menasihatk­an orang ramai yang berkunjung ke mana-mana destinasi untuk bercuti agar lebih mengutamak­an aspek keselamata­n bagi mengelak sebarang kecelakaan atau kemalangan.

Pada majlis itu, sebanyak 500 pasang pakaian seragam Kor- Kadet Polis bernilai RM50,000 diserahkan kepada 20 sekolah menengah di seluruh negeri oleh Lions Club Melaka yang turut dihadiri Presidenny­a Margaret Heng.

Sementara itu, dalam satu kes berasingan Sun berkata tiga anggota polis bantuan sebuah syarikat di Selangor ditahan kelmarin kerana disyaki memukul seorang pengamal perubatan tradisiona­l di Pulau Besar di sini pada 27 Feb lepas.

Beliau berkata suspek berumur lingkungan 20-an hingga 30-an itu ditahan di sekitar Selangor antara jam 3 petang hingga 4 petang kelmarin.

“Polis sedang mengesan 10 lagi lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di pulau berkenaan dipukul sekumpulan lelaki dipercayai akibat perselisih­an faham melibatkan masalah peribadi kira-kira jam 11.30 malam hari berkenaan,” katanya.

Sun berkata mangsa dipukul dengan kayu oleh kumpulan lelaki terbabit namun hanya mengalami cedera ringan dan tiga anggota polis bantuan berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia