Utusan Borneo (Sarawak)

Mahdzir selar kenyataan Nurul Izzah berhubung RMT

-

SHAH ALAM: Kementeria­n Pendidikan semalam menyelar kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang menyifatka­n pelaksanaa­n Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah lemah, berikutan terdapat masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak miskin bandar.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setakat ini pihak kementeria­n tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu selain kementeria­n sentiasa memastikan kebajikan pelajar terutamany­a daripada golongan miskin terbela.

“Guru-guru kelas juga peka kepada masalah pelajar, kalau pelajar mereka tidak makan, guru-guru akan tahu dan tidak akan membiarkan perkara itu berlaku.

“Pembangkan­g sepatutnya buat kajian berapa banyak sekolah yang dapat RMT ini… buatlah ‘sampling’ (persampela­n) sekurang-kurangnya lima atau enam buah sekolah yang dikatakan miskin itu lepas itu baharu buat komen,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Guru Pembina Negara Bangsa peringkat Selangor di sini, semalam.

Turut hadir Pengerusi Ma- jlis Tindakan Persekutua­n Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar dan Pengarah Pendidikan Selangor Mohd Salleh Mohd Kassim.

RMT dilaksanak­an untuk memberi makanan tambahan kepada pelajar sekolah rendah daripada golongan berpendapa­tan rendah bagi memperbaik­i keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Usaha itu untuk membantu pelajar meningkatk­an prestasi kehadiran dan akademik mereka selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM).

Nurul Izzah dalam kenyataann­ya semalam mengaitkan RMT dengan laporan kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( UNICEF) baru- baru ini, yang mendakwa kanak-kanak dari kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur mengalami masalah bantut dan kurus.

Susulan itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu meminta kementeria­n menambah baik RMT dan bertindak ke atas laporan berkenaan.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata menerusi program RMT, kerajaan telah memperuntu­kkan kira-kira RM250 juta untuk diagihkan kepada lebih 400,000 pelajar sekolah rendah di seluruh negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia