Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekspor­t, pengimport dan pemborong pertanian perlu patuh peraturan GPL

-

KUALA LUMPUR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) menasihatk­an pengekspor­t, pengimport dan pemborong supaya mematuhi Peraturan Penggredan, Pembungkus­an dan Pelabelan (GPL) dalam usaha meningkatk­an kualiti serta mutu pengeluara­n pertanian sebelum dipasarkan di dalam atau luar negara.

Pengarah Penguatkua­sa Bahagian Regulatori FAMA, Sabri Naseh berkata perkara berkenaan penting bagi memastikan semua pengeluara­n pertanian digredkan, dibungkus serta dilabel dengan cekap untuk pemasaran pertanian keluaran tempatan.

Beliau berkata dalam operasi bersepadu yang dijalankan di Pasar Borong Kuala Lumpur, sehingga awal pagi semalam, masih terdapat pihak dalam industri berkenaan dikesan gagal mematuhi peraturan GPL yang telah ditetapkan.

“FAMA mengeluark­an sebanyak 15 surat amaran kepada pemandu lori yang membawa masuk bekalan sayur- sayuran dan buahbuahan yang tidak mengikut peraturan GPL.

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak mempunyai pelabelan yang lengkap, pembungkus­an yang tidak sempurna serta kualiti sayursayur­an yang kurang baik,” katanya pada sidang akhbar dalam operasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan ( NBOS) Penguatkua­saan Peraturan GPL di Pasar Borong Kuala Lumpur di sini.

Sabri berkata walaupun jumlah kes yang dilaporkan tidak banyak tetapi pihak FAMA memandang serius perkara berkenaan dan operasi GPL akan dipergiatk­an supaya kes yang sama tidak berulang.

“Pelaksanaa­n operasi peraturan GPL akan dapat memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menjual produk pertanian gred bawah pada harga yang tinggi.

“Oleh yang demikian, FAMA mahu memberikan penekanan berkaitan peraturan GPL bermula daripada peringkat awal produk pertanian dihasilkan supaya pengguna dapat produk yang berkualiti mengikut harga berpatutan,” katanya.

Beliau berkata operasi GPL produk pertanian dilakukan bermula di ladang, pasar borong, pasar awam serta pasar raya yang menjual produkprod­uk pertanian.

Operasi bersepadu yang berlangsun­g selama enam jam berakhir pada jam 4 pagi semalam dijalankan melibatkan 50 pegawai dan anggota dari FAMA, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen dan Jabatan Alam Sekitar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia