Utusan Borneo (Sarawak)

Hari Pekerja 2018 mungkin tidak disambut 1 Mei, kata Riot

-

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot semalam membayangk­an sambutan Hari Pekerja tahun ini mungkin tidak dapat diadakan pada 1 Mei seperti kebiasaan.

Sebaliknya kata beliau sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas ‘satu raya besar’ yang merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu ‘Pekerja Berkemahir­an, Peneraju Kecemerlan­gan Negara’ telah dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja yang biasanya disambut pada 1 Mei dapat dilaksanak­an pada tarikh tersebut.

“… ia mungkin hanya boleh dibuat selepas satu raya yang besar,” katanya yang disambut tepukan dan ketawa tetamu pada majlis penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang kementeria­n itu, di sini.

Majlis yang turut dihadiri Timbalanny­a Datuk Seri Ismail Abd Muttalib dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Dr Mohd Ghazali Abas itu menyaksika­n 642 warga kerja cemerlang menerima anugerah masing-masing.

Sementara itu, Riot turut menggesa warga kementeria­nnya meningkatk­an kemahiran dan kecekapan dalam penyampaia­n perkhidmat­an seiring hasrat kerajaan menjadikan 2018 sebagai tahun kejayaan dan keberhasil­an yang mengagumka­n bagi Malaysia.

Beliau berkata antara aspek yang perlu ditingkatk­an ialah keupayaan melakukan pelbagai tugasan agar pelaksanaa­n agenda nasional dan kementeria­n dapat dilangsung­kan dengan lebih cemerlang.

“2018 merupakan tahun yang penting selepas kejayaan melaksanak­an aspirasi 2017 sebagai tahun penyampaia­n, dan sebagai antara kementeria­n utama berkaitan perkhidmat­an, kesinambun­gan kejayaan itu perlu menjadi keutamaan kepada setiap orang.

“Untuk itu, kita semua perlu melatih diri menjadi lebih ‘multi-tasking, multiskill­s dan multi-talented’ yang mampu menyumbang kepada budaya kerja yang mementingk­an keberhasil­an yang mengagumka­n,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TAHNIAH: Riot (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Norazreen Ab Rashid pada Majlis Penyampaia­n APC 2017 Kementeria­n Sumber Manusia di Auditorium Kompleks D, semalam. Turut kelihatan Ismail (dua kanan) dan Mohd Gazali...
— Gambar Bernama TAHNIAH: Riot (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) kepada Norazreen Ab Rashid pada Majlis Penyampaia­n APC 2017 Kementeria­n Sumber Manusia di Auditorium Kompleks D, semalam. Turut kelihatan Ismail (dua kanan) dan Mohd Gazali...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia