Utusan Borneo (Sarawak)

Siasatan kebocoran data peribadi 46.2 juta pengguna masih berjalan

-

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap kes kebocoran data peribadi 46.2 juta pengguna telefon mudah alih di Malaysia, tahun lalu, masih berjalan sehingga kini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata saksisaksi yang dikenal pasti telah dipanggil untuk diambil keterangan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perlindung­an Data Peribadi (JPDP) bagi membantu sia- satan.

“Setelah lengkap nanti, hasil siasatan akan dikemukaka­n kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutny­a,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Teo Nie Ching (DAPKulai) berhubung tindakan yang telah diambil terhadap pihak- pihak yang terlibat dalam kes tersebut.

Pada awal Nov lepas, laman Lowyat.net menyiarkan artikel berhubung kecurian data berkaitan maklumat peribadi besar-besaran untuk dijual, melibatkan 50 juta data daripada syarikat telekomuni­kasi dan 17 juta data daripada laman mencari kerja.

Laman itu turut dilaporkan berkata 46.2 juta nombor telefon bimbit daripada pel- bagai syarikat telekomuni­kasi tempatan dibocorkan dalam talian.

Sementara itu, Jailani berkata KKMM sentiasa memandang serius isu kebocoran data dan pelbagai aktiviti pemeriksaa­n telah diadakan bagi memantau sistem data peribadi sesebuah syarikat pengendali data.

“Kita juga ada buat pertemuan dengan syarikat-sya- rikat telekomuni­kasi dan mengadakan pelbagai program kesedaran di seluruh negara berkenaan isu itu,” katanya.

Menurut Jailani pada tahun 2017, mahkamah sudah menjatuhka­n hukuman terhadap tiga kes kesalahan berkaitan data peribadi dengan lima kes setakat tahun ini. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia