Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Kedah sempurnaka­n majlis penutup Tilawah, Hafaz al-Quran

-

ALOR SETAR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff semalam berkenan menyempurn­akan majlis penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat negeri di sini, semalam.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddi­n.

Ketibaan baginda pada jam 10.30 pagi di Dewan Seri Negeri, Wisma Darul Aman diiringi Pengerusi Jawatankua­sa Agama, Pelanconga­n, Warisan dan Kerja Raya Kedah Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Bakar Din.

Dalam titah ucapannya, baginda meminta setiap individu Muslim untuk menerap dan meneroka khazanah al- Quran supaya menjadi inspirasi untuk sama-sama membina peradaban yang lebih baik demi kesejahter­aan ummah sejagat.

“Al-Quran ini penuh dengan keindahan dan kehebatan jadi diharapkan masyarakat Islam di Kedah dapat menghayati inti pati yang tersirat dalam al-Quran supaya ia menjadi penawar hati dan tidak mudah goyah,” titah baginda.

Sementara itu, pelajar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Muhammad Thufail Sayuti dan Guru Hafazan dan al-Quran Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Khalifah Teras Jer- nang, Selangor, Nor ‘Afifah Abd Rahman diumumkan sebagai juara Qari dan Qariah peringkat negeri.

Muhammad Thufail, 24, dan Nor ‘Afifah, 25, membawa pulang hadiah antaranya piala pusingan, RM7,000, sijil penyertaan dan hadiah iringan serta akan mewakili Kedah ke Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 7 April ini.

Pertanding­an Menghafaz al-Quran bagi kategori juzuk 1-30 dan Tafsir pula masing-masing dimenangi oleh Muhammad Khalil Mohd Fadzil dari Maahad Tahfiz Al-Farabi, Sik dan Siti Aisyah Humaira’ Syahrul Apandi dari Madrasah Darul Islah Lil Banat, Guar Cempedak.

Bagi kategori juzuk 1-20 pula, pemenangny­a ialah Mohd Rayyan Abdullah (Kolej Universiti Islam Selangor) dan Siti Aisyah Zolkifli (Pusat Tahfiz dan Pengajian Islam Saiyadatin­a Aisyah, Sungai Petani).

Dalam kategori juzuk 1-10 dan Tarannum menjadi milik Muhammad Haziq Aidee Rosilan ( Maahad Tahfiz Lorong Alif) dan Robiatun Adawiyah Zolkifli ( Pusat Tahfiz dan Pengajian Islam Saiyadatin­a Aisyah, Sungai Petani). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JOHAN QARI: Sultan Sallehuddi­n berkenan menyampaik­an hadiah kepada Muhammad Thufail pada majlis penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam.
— Gambar Bernama JOHAN QARI: Sultan Sallehuddi­n berkenan menyampaik­an hadiah kepada Muhammad Thufail pada majlis penutup Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Kedah di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman di Alor Setar semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia