Utusan Borneo (Sarawak)

Menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun serta honorarium

-

PUTRAJAYA: Kos pengurusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dianggarka­n mencecah RM400 juta, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata ia termasuk bagi menampung kos sewaan, perolehan peralatan, pembayaran elaun serta honorarium.

Semua pusat penamaan calon, pusat mengundi dan pusat mengira undi telah dikenal pasti dan sedia untuk digunakan apabila diperlukan, katanya kepada Bernama, di sini.

Sejumlah 250,000 petugas sementara, katanya, dijangka diperlukan bagi membantu mengendali­kan PRU14 itu.

“Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia termasuk pusat mengundi, pengangkut­an, helikopter dan sebagainya,” katanya.

Semua persiapan logistik juga telah dipastikan dalam keadaan baik dan tersedia termasuk pusat mengundi, pengangkut­an, helikopter dan sebagainya.

Dalam memastikan proses RRU14 berlangsun­g secara telus dan adil, Mohd Hashim berkata SPR menjangkak­an 100,000 wakil atau ejen calon bertanding akan menjadi pemerhati tetap terhadap segala proses pilihan raya.

Beliau berkata mereka terdiri daripada pemerhati di barung semakan SPR, ejen tempat mengundi ( ETM) yang bertugas sebagai pemerhati semasa proses pengundian berlangsun­g dan ejen mengira undi (EMU) yang bertugas semasa proses pengiraan undi.

Beliau berkata jumlah itu tidak termasuk pemerhati di luar pusat mengundi.

“Pendek kata, segala proses pilihan raya yang berlaku di dalam dan luar tempat mengundi itu adalah dalam pengetahua­n mereka (ejen calon dan pemerhati).

“Pada PRU14 ini SPR akan pastikan semua calon yang bertanding menghantar wakil atau ejen mereka untuk bertugas semasa proses pilihan raya itu dijalankan,” katanya.

Mohd Hashim berkata pada PRU kali ini, SPR akan menghebahk­an nama wakil atau ejen yang bertugas supaya rakyat tahu bahawa proses pilihan raya itu berlaku dengan telus dan adil.

Justeru, katanya, partiparti politik tidak perlu berasa bimbang dengan ketelusan proses pilihan raya sedia ada yang diamalkan di negara ini.

“Dengan kehadiran ejenejen calon sebagai pihak ketiga, ia merupakan bukti bahawa SPR tidak menafikan hak pemerhati untuk turut serta dalam proses pilihan raya,” katanya.

Selain itu, Mohd Hashim berkata SPR juga sedang menunggu maklum balas daripada pemerhati-pemerhati antarabang­sa termasuk dari negara anggota Komanwel dan ASEAN yang diundang untuk PRU14.

Katanya, SPR turut melantik pemerhati tempatan terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang berkecuali serta wakil universiti.

Ditanya mengenai persiapan peribadiny­a memandangk­an ini adalah kali pertama beliau menerajui SPR dalam menguruska­n PRU, Mohd Hashim mengakui ia adalah cabaran besar yang menguji keupayaan serta kemampuann­ya.

“Secara peribadi, saya menghadapi­nya dengan pelbagai perasaan, namun saya optimis akan dapat melakukann­ya dengan terbaik kerana turut dibantu oleh barisan ahli SPR, pegawai sekretaria­t dan petugas-petugas pilihan raya yang komited serta berpengala­man,” katanya.

Menyifatka­n tujuh pilihan raya kecil dan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 lepas sebagai medan latihan, Mohd Hashim berkata ia pengalaman amat berharga yang akan digunakann­ya untuk menguruska­n PRU14. — Bernama

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia