Utusan Borneo (Sarawak)

Sevilla mara ke suku akhir Liga Juara Juara pertama dalam tempoh 60 tahun selepas kejutkan United 1-2 di Old Trafford

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan kekecewaan di Eropah bukan sesuatu yang baharu untuk pasukannya ekoran kekalahan 1-2 kepada Sevilla di Old Trafford pada perlawanan kedua pusingan kedua dan tersingkir dari kejohanan dengan agregat yang sama Selasa lepas.

Wissam Ben Yedder menjaringk­an dua gol dalam tempoh empat minit dalam separuh masa kedua untuk membantu Sevilla melangkah ke suku akhir yang pertama mereka dalam tempoh 60 tahun sementara United mengalami kekalahan pertama mereka di tempat sendiri dalam pertanding­an Eropah sejak musim terakhir bekas pengurus Alex Ferguson pada 2013.

Mourinho berada dalam skuad yang menang pada malam itu sebagai jurulatih Real Madrid dan turut menyingkir­kan United di pusingan kedua ketika menjadi jurulatih FC Porto pada 2004.

“Saya sudah duduk di sini (bangku simpanan United) bersama Porto, Man United tersingkir dan juga bersama Real Madrid untuk menewaskan United. Jadi saya tidak fikir ia sesuatu yang baharu untuk kelab,” kata Mourinho, yang dikritik kerana taktikal permainan beliau.

“Saya tidak mahu bercakap panjang. Kami tidak mempunyai masa untuk bersedia lebih dari 24 jam, ia lumrah bola sepak. Ia bukan penghujung dunia.”

Sevilla selayaknya muncul pemenang selepas mengawal permainan untuk hampir sepanjang perlawanan tetapi menunggu sehingga kemasukkan Ben Yedder sebagai pemain gantian 18 minit sebelum tamat permainan untuk menambah koleksi gol dalam Liga Juara-Juara kepada lapan gol dari tujuh perlawanan.

Ben Yedder membuka jaringan buat Sevilla dua minit selepas dimasukkan dengan satu rembatan cantik sebelum menanduk gol kedua tidak lama selepas itu.

Romelu Lukaku merapatkan kedudukan buat United tetapi ia ternyata terlalu lewat dengan keputusan Mourinho menggugurk­an Paul Pogba dari kesebelasa­n utama pasti mengundang lebih banyak persoalan.

“Dalam separuh masa pertama, kami bermain dengan baik selain dari 30 meter terakhir (hadapan pintu gol United),” kata jurulatih Sevilla, Vincenzo Montella.

“Dalam separuh p masa kedua, kami ami lebih berbisa dengan Ben Yedder, er, beliau melakukan kukan perbezaan n hari ini.”

M o u r i n h o mencipta a kej utan sebelum e belum sepak mula ula apabila menurunkan runkan Marouane e Fellaini berbanding Pogba, yang turut digugurkan gurkan pada perlawanan l pertama, dalam kesebelasa­n utama. Sevilla menguasai hampir sepanjang perlawanan pertama dan dinafikan gol oleh ketangkasa­n penjaga gol Unite United, David de Gea. Bagaim Bagaimanap­un, ia jelas penyudah can cantik berbanding De Gea menghala menghalang Sevilla untuk hampir sepanjan sepanjang perlawanan. Apa yan yang pasti, d dari 10 c u b a a n Sevilla ke pintu gol United dalam da separuh h masa pertama, hanya satu rembatan lemah melihat De Gea bertindak pantas.

K e p u t u - san Mourinho menurunkan Fellaini kelihatan memakan diri apabila pemain tengah antarab a n g s a Belgium itu gagal mencabar bola di bahagian tengah.

Namun, beliau hampir memecah kebuntuan dengan pergerakan terbaik pada awal permainan apabila umpanannya kepada Alexis Sanchez,

 ??  ?? De Gea gagal menepis keluar bola rembatan Yedder (tidak kelihatan) menerjah jaring untuk MOURINHO
De Gea gagal menepis keluar bola rembatan Yedder (tidak kelihatan) menerjah jaring untuk MOURINHO
 ?? — Gambar Reuters ?? KEMENANGAN BERSEJARAH: gol kedua Sevilla.
— Gambar Reuters KEMENANGAN BERSEJARAH: gol kedua Sevilla.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia