Utusan Borneo (Sarawak)

Kehadiran Mkhitaryan di Arsenal kurangkan tekanan ke atas Wenger

-

LONDON, England: Henrikh Mkhitaryan sudah berada di Arsenal selama kurang dari dua bulan tetapi ia tidak menghalang beliau untuk cuba membantu kelab baharunya, Arsenal, untuk memenangi kejuaraan Liga Europa.

Mkhitaryan berpindah ke Arsenal sebagai sebahagian dari pertukaran pemain dengan Alexis Sanchez ke Manchester United pada bulan Januari dan pemain antarabang­sa Armenia itu sudah meletakkan dirinya sebagai pemain utama dalam skuad kendalian Arsene Wenger.

Beliau disisihkan oleh pengurus United, Jose Mourinho tetapi Wenger lebih menghargai kualiti beliau dan meletakkan­nya di bahagian sayap kanan untuk jentera serangan Arsenal.

Beliau sudah menjaringk­an gol dalam dua penampilan terakhir bersama Arsenal, dengan gol sulung hadir ketika kemenangan 2-0 di AC Milan pada perlawanan pertama pusingan 16 akhir Liga Europa.

Selepas menjaringk­an gol sekali lagi ketika Arsenal menewaskan Watford 3- 0 Ahad lepas, Mkhitaryan sudah melakukan tugasnya untuk mengurangk­an tekanan ke atas Wenger, yang bergelut menyelamat­kan jawatannya selepas satu lagi musim buruk untuk kelab.

Layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan adalah penting untuk harapan Wenger meneruskan musim ke- 22 di Arsenal, dengan kempen domestik mereka begitu buruk musim ini, memenangi kejuaraan Liga Europa mewakili satu-satu peluang realistik untuk kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara musim hadapan.

Melihat situasi itu, kehadiran Mkhitaryan di Stadium Emirates mungkin dilihat petanda baik buat Wenger.

Walaupun beliau bergelut meyakinkan Mourinho kemampuann­ya, beliau masih penyumbang berharga kepada kempen Liga Europa United musim lepas.

Beliau menjaringk­an lima gol ketika United melangkah ke final, termasuk dua gol penting dari dua perlawanan separuh akhir menentang Anderlecht.

Melengkapk­an musim yang hebat, beliau menjaringk­an gol kedua United ketika menewaskan Ajax di final.

Keengganan untuk berasa kecewa disisihkan oleh Mourinho adalah bukti personalit­i kompetetif Mkhitaryan.

Dan ia adalah kesediaan beliau berdepan dengan situasi sukar menyebabka­n beliau memberikan cabaran kepada penyokong Arsenal yang berang minggu lepas.

Walaupun Arsenal melaporkan bahawa hanya 59,131 tiket dijual untuk perlawanan menentang Watford, ada beberapa ribu tempat duduk yang kosong ketika penyokong terus membantah prestasi buruk pasukan.

Arsenal tanpa sebarang kejuaraan liga sejak 2004 dan penyokong sudah hilang sabar dengan kegagalan Wenger membina pasukan yang kuat.

Menyedari masalah yang akan menjejaska­n usaha Arsenal kembali ke landasan kemenangan pada lewat musim, Mkhitaryan meminta penyokong menunjukka­n kesetiaan mereka kepada kelab.

“Kami sentiasa bermain untuk penyokong, ia tidak kisah jika mereka datang atau tidak,” kata beliau ketika memberitah­u penyiaran beIN Sports. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia