Utusan Borneo (Sarawak)

Vettel sandaran Ferrari mengembali­kan kejuaraan dunia Formula Satu ke Maranello

-

LONDON, England: Tugas Sebastian Vettel bersama Ferrari musim ini adalah seperti sesuatu yang mudah untuk diluahkan tetapi sukar untuk dicapai; mengembali­kan kejuaraan dunia Formula Satu ( F1) ke Maranello (ibu pejabat Ferrari) dan menafikan kejuaraan dunia yang kelima berturut- turut untuk Mercedes.

Pasukan paling tua, glamour dan berjaya dalam F1 itu hampir memenangin­ya tahun lepas, dengan Vettel mendahului kedudukan keseluruha­n pada 12 pusingan pertama dari Melbourne sehingga ke Monza sebelum cabaran mereka semakin hambar.

Tetapi tahun 2018 meraikan satu dekad sejak Ferrari memenangi kejuaraan, kejuaraan ke-16 kategori pengeluar pada 2008 dan tekanan – sentiasa memuncak walaupun di zaman kegemilang­an – semakin meledak.

Begitu juga dengan jangkaan selepas Vettel dan rakan sepasukann­ya, Kimi Raikkonen, di mana kejuaraan dunia pada 2007 adalah yang ke-15 dan terakhir dimenangi oleh mana-mana pemandu Ferrari, membuat persediaan untuk perlumbaan pembuka tirai musim ini di Australia dengan mencipta masa terpantas pada sesi uji pandu pramusim.

Bagaimanap­un, catatan masa semasa uji pandu pramusim kadang-kadang tidak tepat dan pasukan membuat persediaan ke Melbourne – satu perlumbaan dimenangi Vettel tahun lepas – adalah bayangan pasukan Mercedes yang diketuai Lewis Hamilton, masih di hadapan saingan dan juga Ferrari mungkin malah ketinggala­n di belakang Red Bull.

Tetapi ada petanda baik di mana saingan mungkin lebih sengit tahun ini berbanding tahun lepas apabila Vettel menang lima perlumbaan dengan Hamilton menang sembilan kali.

“Secara keseluruha­nnya, saya merasakan kami mempunyai pakej yang baik,” kata Raikkonen, 38, dan dijangka akan meninggalk­an pasukan pada akhir tahun selepas melakukan hari terakhir sesi uji pandu kereta SF71H.

“Kereta memberikan saya satu perangsang dan walaupun jika masih ada banyak yang perlu diperbaiki, ia agak mudah untuk dipandu dan ia bertindak dengan beberapa perubahan,” tambah beliau.

Ferrari melakukan 929 pusingan di Barcelona sepanjang lapan hari sesi uji pandu pramusim – bersamaan dengan 4,324 km atau lebih 14 kali jarak litar Grand Prix Australia dengan Mercedes hanya melakukan 1,040 pusingan atau 4,841 km.

Tetapi catatan terpantas Ferrari adalah dengan menggunaka­n tayar lembut baharu, yang terpantas disediakan dengan Mercedes tidak langsung menguji tayar yang sama itu.

Ferrari juga pantas dengan tayar lembut lama tetapi lebih perlahan dengan tayar sederhana tetapi lebih berdaya tahan untuk tempoh lama.

Vettel, juara dunia empat kali tetapi ketika bersama pasukan Red Bull dari 2010 hingga 2013, mengenepik­an kelebihan dari catatan masa terpantas pada sesi pramusim.

“Kami masih melakukan beberapa perkara untuk perlumbaan pertama dan ia benar-benar mustahil untuk membuat sebarang ramalan berdasarka­n prestasi pasukan lain, kerana semua orang melakukan program pramusim yang berbeza,” kata beliau.

“Bagaimanap­un, saya gembira dengan apa yang dilakukan pasukan,” tambah beliau. — Reuters

 ?? — Gambar AFP ?? PERANGSANG TERBAIK: Vettel mencatat masa terpantas pada sesi uji pandu pramusim di Catalunya, Montmelo pada Rabu lepas.
— Gambar AFP PERANGSANG TERBAIK: Vettel mencatat masa terpantas pada sesi uji pandu pramusim di Catalunya, Montmelo pada Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia