Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar tidak akan meninggalk­an PSG

-

PRAIA GRANDE, Brazil: Ayah Neymar dan pengurusan tertinggi kelab Paris Saint Germain (PSG) menamatkan segala khabar angin di mana pemain termahal di dunia mahu meninggalk­an kelab Ligue 1 Perancis itu apabila pulih dari kecederaan.

“Neymar sudah mempunyai masa depan di PSG, Neymar sudah mempunyai kehadiran di PSG,” kata ayahnya, Neymar Santos Sr ketika memberitah­u wartawan di pusat amal anaknya, Institut Neymar Junior, di Praia Grande, Sao Paulo.

Dengan Neymar berehat selama beberapa minggu selepas menjalani pembedahan kecederaan retak tulang tapak kaki, laporan muncul dalam media di Eropah di mana Neymar tidak gembira di PSG dan mahu kembali ke Barcelona – atau mungkin membuat perpindaha­n mengejut ke Real Madrid.

Tanpa Neymar, PSG tersingkir dari Liga Juara-Juara kepada Real Madrid di pusingan kedua.

Presiden PSG, Nasser AlKhelaifi, pengarah sukan kelab, Antero Henrique dan jurucakap kelab, Jean-Martial Ribes, mengunjung­i rumah mewah Neymar dan juga institut amal beliau Selasa lepas.

Kunjungan itu telah dirancang lebih awal berbanding selepas khabar angin tersebar, kata Ribes.

Bagaimanap­un, pertemuan, di mana ayah Neymaar dilihat mengeluark­an gambar dalam laman sosial Instagram, membayangk­an ia seperti satu persidanga­n krisis.

Muncul di hadapan wartawan di institut amal itu, keduadua pihak mahu menamatkan spekulasi.

Neymar “berasa gembira, bersemanga­t tinggi dan teruja untuk kembali beraksi secepat mungkin,” kata Al-Khelaifi.

Bagaimanap­un, wartawan diberitahu bahawa mereka tidak dapat bertanya tentang khabar angin (pembelian Neymar oleh) Real Madrid.

Neymar mengalami kecederaan pada 25 Februari dan berkemungk­inan berehat panjang selepas menjalani pembedahan pada awal bulan ini.

Doktor pasukan kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar ada berkata Neymar akan memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan setengah atau mungkin tiga bulan sebelum kembali beraksi.

PSG berharap untuk dapat menurunkan beliau sebelum akhir musim.

“Semua orang melakukan yang terbaik untuk beliau kembali secepat mungkin dan tanpa sebarang risiko,” kata Al-Khelaifi.

“Tetapi doktor mempunyai keputusan akhir. Saya tidak berada dalam kedudukan untuk berkata bila beliau akan kembali. Doktor mempunyai kata akhir dan ia bergantung kepada pemulihan tetapi saya fikir beliau dalam keadaan yang baik,” tambah beliau.

Skuad kebangsaan Brazil mengharapk­an beliau kembali cergas sepenuhnya untuk membantu pasukan di Piala Dunia 2018 Rusia pada 14 Jun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia