Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hantar kontinjen terbesar pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan

-

KUCHING: Persatuan Karate Sarawak akan menghantar kontinjen terbesar seramai 21 atlet pada Kejohanan Karate Senior Kebangsaan MAKAF Ke-38 yang dijadual berlangsun­g pada 17 dan 18 Mac ini di Kulim, Kedah.

Skuad diketuai jurulatih merangkap pengurus pasukan, Clarence Leong dan ketua jurulatih, Muhammad Al-Harir akan berlepas hari ini.

Semalam, berlangsun­g majlis penyerahan bendera disempurna­kan oleh Pegawai Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Daud Dato Aba kepada Clarence bertempat di Sarawak Stadium.

Daripada 21 atlet bertanding, lima daripadany­a datang dari Kuching iaitu Muzahid Asyraff, Kho Zhan Hong, Chang Sze Poh (lelaki), Tara Lim dan Elnieshern­ie Endun (wanita).

Manakala, selebihnya dari Miri di bawah kendalian jurulatih, Jarvis Julian.

Clarence yang juga jurulatih Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dalam acara karate di sini berkata objektif utama penyertaan Sarawak pada kejohanan tersebut adalah untuk meningkatk­an tahap kemahiran atlet ke peringkat kebangsaan dengan harapan mereka dapat dipilih dalam skuad negara.

Selain itu, ia juga menjadi pemilihan awal skuad SUKMA Sarawak untuk menghadapi temasya di Perak pada September akan datang.

“Kami mahu menaikkan lagi standard atlet kita hingga ke tahap kebangsaan.

“Sarawak telah menyertai kejohanan ini sejak bertahun dan kali ini kita membawa skuad terbesar dengan 19 daripadany­a atlet berpotensi SUKMA.

“Pada SUKMA 2016, kita memenangi dua pingat perak dan tiga gangsa. Kali ini kita mahu memperbaik­i pencapaian tersebut,” katanya.

Menurut Clarence, Sarawak lebih berpeluang memenangi pingat dalam acara ‘kata’.

Beliau juga berharap atlet terpilih mempamer persembaha­n meyakinkan dan berjaya mengharumk­an nama negeri.

Menyentuh persiapan kontinjen karate, Clarence menegaskan atlet akan menjalani tapisan ketiga pada satu tarikh belum ditetapkan sebaik pulang dari Kedah.

 ??  ?? KIBAR CABARAN: Clarence (kiri) bersama Daud (dua kanan), pegawai MSNS dan atlet semasa majlis penyerahan bendera semalam.
KIBAR CABARAN: Clarence (kiri) bersama Daud (dua kanan), pegawai MSNS dan atlet semasa majlis penyerahan bendera semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia