Utusan Borneo (Sarawak)

The Pocket Rocketman bertarung dengan tahap kesihatan untuk kembali mencapai prestasi terbaik

-

KUALA LUMPUR: Berbaki kurang tiga minggu sebelum menggalas cabaran negara di Sukan Komanwel Gold Coast 2018, Olahragawa­n Kebangsaan 2017 Mohd Azizulhasn­i Awang masih bertarung dengan tahap kesihatann­ya untuk kembali mencapai tahap prestasi terbaik.

Pelumba berusia 30 tahun yang diberi jolokan ‘ The Pocket Rocketman’ itu berkata beliau belum dapat kembali berlatih di tahap intensiti tertinggi susulan tahap kesihatan yang masih lemah sejak dijangkiti demam virus ketika beraksi di Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2018 di Belanda hujung bulan lepas.

Beliau yang ditemui Bernama pada majlis Anugerah Sukan Negara 2017 kelmarin berkata, tahap kesihatann­nya itu ternyata merencatka­n segala perancanga­nnya, namun tetap positif dalam menempuh dugaan tersebut dan men- gakui fokusnya kini adalah untuk segera pulih.

“Saya dan jurulatih (John Beasley) sudah cuba untuk ‘all out’ dalam sesi latihan sebelum ini tetapi kerana tahap kesihatan saya ini ia menjadi sukar dan saya berasa semput memandangk­an saya memang ada ‘exercise induced asthma’ jadi kami terpaksa mengurangk­an intensiti latihan itu.

“Ia ( tahap kesihatan) jelas mengganggu dan merencatka­n program latihan kami tetapi apa boleh buat. Fokus kini adalah untuk segera pulih dan saya berharap minggu depan dapat kembali berlatih pada tahap intensiti sebenar kerana masa sangat kritikal sekarang,” katanya yang cuba menyembuny­ikan suara seraknya akibat kesan dijangkiti virus tersebut.

Pada masa sama, beliau mengakui kesan dijangkiti virus tersebut merisaukan­nya yang menyasarka­n keputusan terbaik di Sukan Komanwel 2018 selepas hanya merangkul pingat gangsa pada edisi sebelum ini di Glasgow, Scotland.

“Sudah tentu saya risau sebab takut tidak dapat capai kondisi terbaik di Gold Coast tetapi kalau kita terlalu fikirkan perkara yang negatif seperti itu, ia sudah tentu akan melemahkan saya. Jadi saya mahu fokus kepada elemen-elemen positif sahaja.

“Sekarang, lebih baik saya tumpu terhadap perkaraper­kara yang boleh saya buat dengan kondisi saya ketika ini seperti mendapatka­n rawatan khusus di Institut Sukan Negara (ISN) selain berehat secukupnya sebelum kembali dengan kondisi terbaik ke trek latihan,” jelas beliau.

Bagaimanap­un, dugaan yang ditempuh jaguh berbasikal trek negara itu sedikit terubat selepas beliau sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawa­n Kebangsaan selepas meraih gelaran sama pada tahun 2009 dan 2010. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia