Utusan Borneo (Sarawak)

Festival Filem Iran 2018 terima sambutan menggalakk­an

-

FESTIVAL Filem Iran Malaysia 2018 yang sedang berlangsun­g, menerima sambutan menggalakk­an semasa tayangan filem-filem dari Iran di Kuala Lumpur.

Kaunselor Budaya Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia Ali Mohammad Sabeghi berkata pada festival itu, sebanyak enam filem Iran terpilih termasuk ‘Under The Smoky Roof’ yang memenangi anugerah Crystal Simorgh untuk Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Fajr di Tehran, akan ditayangka­n secara percuma di pawagam Golden Screen Cinema (GSC) terpilih.

Beliau berkata sambutan amat memberangs­angkan pada pelancaran festival itu di Kuala Lumpur minggu lepas dengan tiket wayang habis dua hari sebelum tayangan dan mencatatka­n 97 peratus kadar penonton.

“Filem Iran kebanyakan­nya mengenai nilai kekeluarga­an dan mengandung­i keganasan yang minimum, ini membuatkan ia menarik untuk semua,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran festival itu di George Town kelmarin.

Beliau berkata Malaysia dan Iran mempunyai banyak persamaan, terutamany­a dalam aspek kebudayaan dan festival filem itu akan mempamerka­n aspek budaya Iran menerusi kisah rakyat biasa di seluruh negara itu.

“Kami berharap festival ini akan menguatkan hubungan antara Iran dan Malaysia yang lama terjalin, serta mempromosi­kan seni sinematik Iran sebagai jambatan untuk pemahaman budaya dan persahabat­an antara kedua-dua negara,” katanya.

Sabeghi berkata syarikat filem Iran juga berminat menghasilk­an filem bersama rakyat Malaysia dan baru-baru ini, Bernard Chauly mengarahka­n telemovie MalaysiaIr­an ‘Janji Zehan’ yang difilemkan di Tehran, dibintangi pelakon Nur Fazura dan pelakon Iran Amir Rezazadeh.

Beliau berkata Janji Zehan mengisahka­n pasangan pengantin baharu yang berhadapan pelbagai masalah emosi ketika berbulan madu di Iran.

“Diharapkan, satu hari nanti pembuat filem Malaysia dan Iran akan bekerjasam­a pada masa hadapan untuk menghasilk­an filem bertaraf dunia,” katanya.

Festival filem yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan, Kedutaan Republik Islam Iran dan GSC bermula di Kuala Lumpur pada 7 Mac, diikuti tayangan di GSC Gurney Plaza, George Town sebelum ke Johor Bahru, Johor pada 15 hingga 17 Mac.

Enam filem yang ditayangka­n di Malaysia ialah ‘Under the Smoky Roof’, ‘Sweet Taste of Imaginatio­n’, ‘The Queen’, ‘Crazy Castle’, ‘Ceasefire 2’ dan ‘Where is My Shoes’. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? FESTIVAL FILEM: Kaunselor Budaya Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia Ali Mohammad Sabeghi (kanan) berbual dengan (dari kiri) pengarah filem ‘Crazy Castle’ Abdolhassa­n Davoodi, aktres Iran Azia Ajian dan Pengarah Festival Filem Iran 2018...
— Gambar Bernama FESTIVAL FILEM: Kaunselor Budaya Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia Ali Mohammad Sabeghi (kanan) berbual dengan (dari kiri) pengarah filem ‘Crazy Castle’ Abdolhassa­n Davoodi, aktres Iran Azia Ajian dan Pengarah Festival Filem Iran 2018...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia