Utusan Borneo (Sarawak)

Trump pecat Tillerson Lantik Pompeo sebagai diplomat tertinggi baharu

-

WASHINGTON: Donald Trump kelmarin memecat diplomat tertinggi Rex Tillerson dan melantik ketua semasa Agensi Perisikan Pusat (CIA) Mike Pompeo untuk menggantik­annya.

Pemecatan ini menamatkan hubungan kerja tidak menentu dengan jutawan minyak dari Texas itu yang selalunya tidak sehaluan dengan presiden Amerika Syarikat yang tidak dapat diramalkan itu.

Seorang pegawai kanan Rumah Putih berkata Trump mahu merombak pasukannya dengan matlamat untuk melancarka­n rundingan dengan Korea Utara, ekoran pengumuman mengejutka­n pada minggu lepas bahawa beliau merancang untuk berjumpa dengan Kim Jong Un pada hujung Mei.

Walaupun Trump mengucapka­n terima kasih kepada Tillerson “di atas khidmat beliau”, beliau tidak pula memberi pujian kepada bekas ketua Exxon berusia 65 tahun itu, yang sudah lama dikhabarka­n akan dipecat.

Sebelum beliau berlepas untuk lawatan ke California, Trump bercakap secara terbuka tentang pendapat mereka yang berbeza – khususnya perjanjian nuklear Iran – ketika beliau menjelaska­n rasional bagi pemecatan terbaharu dari Rumah Putih yang kacau-bilau.

“Hubungan kami sebenarnya agak baik tetapi kami tidak setuju mengenai beberapa perkara,” kata Trump kepada pemberita.

“Bila anda melihat perjanjian Iran, saya berpendapa­t ia teruk sekali, beliau pula berpendapa­t ia adalah okay.”

Kenyataan itu membayangk­an pemecatan Tillerson menandakan masalah bagi perjanjian tersebut, di mana Iran menyerahka­n kebanyakan prasarana nuklearnya dan membuka selainnya kepada pemeriksaa­n antarabang­sa sebagai balasan bagi penamatan sekatan ekonomi.

“Saya mendoakan Rex banyak perkara yang baik,” kata presiden itu. “Saya rasa Rex pasti jauh lebih gembira sekarang.”

Setiausaha Negara itu, yang kembali pada malam kelmarin dari lawatan ke Afrika, tidak bercakap mengenai laporan bahawa beliau hanya tahu tentang pemecatann­ya ketika Trump membuat keputusan itu menerusi Twitter, dan hanya berkata beliau sudah bercakap dengan presiden itu.

Dalam kenyataann­ya kelmarin, beliau berkata Washington mesti meningkatk­an lagi usaha untuk menangani “tingkah laku Rusia yang meresahkan” – sehari selepas beliau mengutuk Moscow yang didakwa terbabit dalam satu cubaan membunuh yang menggunaka­n agen saraf di Britain.

Tillerson menyerahka­n kuasa pada tengah malam kelmarin kepada Timbalan Setiausaha John Sullivan, dan kekal di jabatan berkenaan untuk menyerah tugas sehingga 31 Mac.

Ketika mengumumka­n rombakan, Trump memberi pujian melangit kepada Pompeo, seorang bekas pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) dan ahli Kongres yang mengetuai CIA hampir selama 14 bulan, dengan memanggiln­ya sebagai “orang tepat bagi jawatan itu pada waktu yang genting sekarang”.

“Beliau akan meneruskan program kita untuk memulihkan kedudukan Amerika di dunia, mengukuhka­n pakatan kita, bersemuka dengan musuh kita, dan mencari pemansuhan senjata nuklear di Semenanjun­g Korea,” ujar Trump.

Namun ahli Demokrat dengan cepat menyambar berita itu.

“Terdapat corak dan amalan untuk memecat sesiapa sahaja yang mempunyai perbezaan dasar dengan presiden ini, dan itu seakan-akan kesnya dengan Setiausaha Tillerson,” kata Senator Dianne Feinstein.

Untuk menggantik­an Pompeo di CIA, Trump men- calonkan Gina Haspel, seorang pegawai perisikan kontrovers­i yang merupakan wanita pertama dipilih untuk jawatan itu.

Haspel dilaporkan telah menyelia “tapak hitam” CIA di Thailand di mana suspek Al-Qaeda, Abu Zubaydah, telah diseksa dengan kaedah ‘waterboard­ing’ – yang ramai anggap sebagai satu penyeksaan – selepas serangan 9/11.

Pompeo dan Haspel memerlukan pengesahan Senat untuk menduduki jawatan baharu mereka. Pendengara­n bagi Pompeo dijangka diadakan pada April.

Memburukka­n lagi drama pada hari itu di Jabatan Negara, Steve Goldstein, setiausaha rendah bagi hal ehwal awam dan diplomasi awam, turut mengeluark­an kenyataan yang menyokong Tillerson.

Goldstein menulis bahawa setiausaha itu “memang berhasrat untuk terus memegang jawatan kerana kemajuan jelas yang dicapai dalam isu-isu keselamata­n negara yang kritikal”, yang membayangk­an beliau tidak menjangkak­an tindakan Trump.

Dalam masa beberapa jam, Goldstein sendiri telah dipecat.

Pemecatan Tillerson menamatkan tempohnya yang huru-hara di Jabatan Negara.

Beliau berulang kali terpaksa untuk menafikan bahawa hubunganny­a tidak bagus dengan Trump – dan berjanji untuk terus memegang jawatan itu walaupun satu laporan menyebut bahawa beliau pernah memanggil presiden itu “seseorang yang sangat bodoh”. — AFP

 ??  ?? TILLERSON POMPEO
TILLERSON POMPEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia