Utusan Borneo (Sarawak)

Anjing mati di dalam tempat letak barang atas United Airlines

-

WASHINGTON: Seekor anjing mati dalam satu penerbanga­n pesawat United Airlines selepas seorang atendan penerbanga­n meminta agar ia diletakkan di dalam sebuah tempat letak barang atas.

Anjing ‘ bulldog’ Perancis yang hitam itu disimpan dalam sangkar pembawa haiwan peliharaan dalam penerbanga­n Isnin lepas dari Houston ke New York.

United berkata ia memikul tanggungja­wab bagi kematian itu, dan berkata haiwan peliharaan tidak harus diletakkan di dalam bahagian penyimpana­n atas.

“Ini adalah satu kemalangan tragis yang tidak sepatutnya berlaku,” syarikat penerbanga­n itu menyebut dalam satu kenyataan, dan menambah ia mengucapka­n “takziah tulus ikhlas kepada keluarga berkenaan”.

Penumpang Maggie Gremminger, 30, yang duduk di belakang pemilik haiwan peliharaan terbabit, berkata pemilik disuruh meletakkan anjingnya di dalam bahagian penyimpana­n selepas dia menaiki pesawat bersama dua orang anak termasuk seorang bayi, menurut akhbar The New York Times.

“Pemilik haiwan peliharaan itu bertegas menyatakan dia tidak mahu menyimpan alat pembawa haiwan peliharaan itu di atas,” kata Gremminger, menurut Times.

“Dia berkata, ‘Anjing saya di dalamnya, tidak ini adalah anjing saya’. Atendan penerbanga­n asyik terusmener­us memintanya untuk meletakkan­nya di atas kerana ia menimbulka­n bahaya di bawah, ia adalah satu kecemasan keselamata­n, seseorang mungkin akan tersandung.”

Ini merupakan kejadian terbaharu dalam siri igauan perhubunga­n awam bagi United.

Pada tahun lepas, seorang penumpang lelaki menendang dan menjerit ketika dia diheret keluar dari sebuah pesawat yang penuh di Chicago, dan rakaman telefon bimbit bagi insiden itu telah tular. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia