Utusan Borneo (Sarawak)

Kes rasuah: Bekas presiden Korea Selatan disoal siasat

-

SEOUL: Bekas presiden Korea Selatan Lee Myung Bak disoal siasat berhubung rasuah semalam, bekas pemimpin terakhir di kalangan bekas- bekas presiden negara yang masih hidup dan terbabit dalam inkuiri jenayah.

Dakwaan rasuah membabitka­n pembantu dan saudara-mara bekas pemimpin konservati­f berusia 76 tahun itu sewaktu beliau memegang kuasa telah meningkat sejak beberapa minggu lepas setelah pendakwa raya menyiasat beberapa kes rasuah berjumlah jutaan dolar.

Siasatan itu bermakna kesemua empat bekas presiden Korea Selatan yang masih hidup pernah didapati bersalah, didakwa, atau disiasat bagi kesalahan jenayah.

“Saya berdiri di sini dengan hati yang berat,” kata Lee ketika beliau tiba di pejabat pendakwa raya di Seoul, selepas perjalanan kereta dari rumahnya di ibu negara disiarkan secara langsung oleh televisyen.

“Saya meminta maaf kerana menyebabka­n kebimbanga­n rakyat,” katanya kepada pemberita, dan menambah punca pendapatan rakyat Korea Selatan adalah “susah” dan situasi keselamata­n di semenanjun­g Korea “serius sekali”.

Lee, yang menjadi presiden dari 2008 hingga 2013, pernah mengecam inkuiri itu sebagai “pembalasan politik” dan semalam berkata beliau harap ia adalah “kali terakhir dalam sejarah” bahawa seorang bekas ketua kerajaan Korea Selatan dipanggil untuk disoal siasat oleh pendakwa raya.

“Sebagai seorang bekas presiden, saya ada banyak perkara untuk disebut mengenai perkara ini tetapi saya akan menyimpan kata-kata saya,” katanya.

Presiden Korea Selatan mempunyai kecenderun­gan untuk akhirnya meringkuk dalam penjara – atau mati mengejut – selepas mereka memegang kuasa, biasanya selepas musuh politik mereka memasuki pejabat presiden Rumah Biru.

Park Geun Hye yang konservati­f digulingka­n pada tahun lepas berhubung skan- dal rasuah besar- besaran yang muncul pada 2016, dan keputusan dalam perbicaraa­n rasuah dan penyalahgu­naan kuasanya dijangka dibuat pada bulan depan, dan pendakwa raya menuntut hukuman penjara selama 30 tahun.

Presiden liberal sebelum Lee sendiri, Roh Moo Hyun, membunuh diri apabila beliau terjun dari tebing curam selepas disoal siasat berhubung dakwaan rasuah pada 2009.

Selepas Korea Selatan menerima demokrasi pada zaman 1990-an, bekas diktator Chun Doo Hwan serta rakan dan penggantin­ya Roh Tae Woo dijatuhi hukuman mati kerana pembabitan mereka dalam kudeta tentera pada 1979 dan kerana menerima rasuah bernilai ratusan juta dolar daripada syarikat perniagaan.

Hukuman mereka kemudian diringanka­n kepada hukuman penjara seumur hidup, dan mereka pada akhirnya diampuni dan dibebaskan selepas masing-masing berada dalam penjara selama dua tahun.

Yoo Seong Min, ketua parti pembangkan­g kecil Bareunmira­e, mengaitkan fenomena itu dengan “kekurangan dalam sistem kerajaan di bawah presiden di mana pemenang mengambil segalanya” yang mewujudkan peluang bagi rasuah.

Ia merupakan “tragedi besar dalam sejarah perlembaga­an negara” bahawa seorang bekas presiden berada dalam tahanan manakala seorang lagi sedang disoal siasat oleh pendakwa raya, ujarnya.

Namun Hong Joon Pyo, ketua pembangkan­g utama Parti Korea Kebebasan, berkata kerajaan presiden liberal sekarang Moon Jae In sedang “menggali salah laku lama” dan mengambil tindakan ke atas Lee atas tujuan politik.

“Ini akan mendatangk­an kesan” kepada Moon, beliau menulis dalam akaun Facebookny­a.

Lee, yang diiringi peguam belanya, disambut oleh seorang pendakwa raya kanan dan dihidangka­n minuman teh sebelum dibawa ke Bilik 1001, di mana Park menjalani soal siasat maraton selama 21.5 jam pada tahun lepas.

Lee dijangka pulang ke rumah selepas disoal siasat, tetapi pendakwa raya kemungkina­n besar dipercayai akan memohon waran tangkap daripada mahkamah.

Dua bekas pembantu bekas presiden itu sudah ditangkap sebagai sebahagian daripada siasatan manakala rumah dan pejabat adik-beradiknya telah diserbu.

Dakwaan termasuk dakwaan bahawa Kumpulan Samsung membeli pengampuna­n presiden pada 2009 untuk pengerusin­ya Lee Kun Hee, yang didapati bersalah atas tuduhan mengelak daripada membayar cukai dan diberi hukuman penjara tertangguh.

Samsung dilaporkan membayar yuran guaman sebanyak enam bilion won (RM21.3 juta) kepada sebuah firma guaman Amerika Syarikat bagi pihak bekas presiden itu.

Samsung dan Lee menafikan dakwaan itu sebagai tidak berasas.

Menurut laporan, Lee juga dituduh menerima 2.2 bilion won daripada seorang bekas ketua pegawai eksekutif sebuah kumpulan perbankan yang dibiayai kerajaan kerana membantuny­a mendapatka­n jawatan tersebut.

Beliau didakwa menerima dana sulit sebanyak 1.7 bilion won daripada agensi perisikan negara, menerima rasuah sebanyak 400 juta won daripada seorang penggubal undangunda­ng, dan menggelapk­an jutaan dolar daripada DAS, sebuah syarikat alat ganti auto yang dikatakan dimilikiny­a di bawah nama ahli keluargany­a.

Soal siasat dijangka memakan masa kira- kira 20 jam, kata agensi berita Yonhap, selepas pendakwa raya menyediaka­n kira-kira 120 muka surat soalan yang ada kaitan dengan kira-kira dakwaan kesalahan.

Seorang pendakwa raya kanan memberitah­u wartawan: “Kami akan melayan bekas presiden itu dengan bermaruah tetapi kami akan menjalanka­n siasatan yang terperinci dan telus.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia