Utusan Borneo (Sarawak)

Hawking meninggal dunia Ahli fizik tersohor serta inspirasi di seluruh dunia itu berusia 76 tahun

-

LONDON: Ahli fizik tersohor dari Britain, Stephen Hawking, dengan genius mental dan ketidakupa­yaan fizikal yang menjadikan­nya nama dikenali ramai serta inspirasi di seluruh dunia, telah meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata keluargany­a semalam.

Hawking, penulis buku ‘A Brief History of Time’ pada 1988 yang menjadi buku paling laris di dunia yang tidak dijangkaka­n dan mengukuhka­n statusnya sebagai ‘ superstar’, mengabdika­n kehidupann­ya kepada usaha untuk membongkar rahsia alam semesta.

Kepintaran dan kelucuanny­a menawan hati peminat dari luar dunia astrofizik yang eksklusif.

Beliau meninggal dunia dengan tenang di rumahnya dalam kota universiti Cambridge di Britain pada awal pagi semalam.

“Kami amat sedih kerana bapa yang kami sayangi meninggal dunia pada hari ini,” anak- anak Profesor Hawking, Lucy, Robert dan Tim menyebut dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita Britain, Press Associatio­n.

“Beliau merupakan seorang saintis yang hebat dan seorang manusia yang luar biasa dengan kerja dan legasi yang akan terus hidup selama bertahun-tahun.”

Hawking menjalani hidup yang agak lama walaupun beliau diramalkan hanya hidup selama beberapa tahun sahaja selepas dia mengalami penyakit neuron motor pada 1964 pada musim 22 tahun.

Penyakit itu perlahanla­han menyebabka­nnya hilang daya pergerakan, memaksanya untuk menggunaka­n kerusi roda sahaja, hampir lumpuh sepenuhnya dan tidak dapat bercakap kecuali menerusi alat suara elektronik yang sinonim dengannya.

“Keberanian dan kecekalann­ya serta kepintaran dan kelucuanny­a memberi inspirasi kepada manusia di seluruh dunia,” kata keluargany­a.

“Beliau pernah berkata, ‘Ia pasti bukan alam semesta yang hebat jika ia bukan tempat tinggal bagi orang yang kita sayangi’. Kami akan sentiasa merinduiny­a.”

Dilahirkan pada 8 Januari 1942, Stephen William Hawking menjadi salah seorang saintis paling disanjung di dunia, malah selalu dibandingk­an dengan Albert Einstein dan Sir Isaac Newton.

Kerjanya memberi tumpuan kepada usaha untuk menyatukan relativiti – sifat ruang dan masa – dengan teori kuantum – bagaimana kelakuan partikel paling kecil dalam alam semesta – untuk menjelaska­n penciptaan alam semesta dan bagaimana ia dikuasai.

Pada 1974, beliau menjadi salah seorang felo paling muda dalam badan saintifik paling berprestij di Britain, Royal Society, pada usia 32 tahun.

Pada 1979 beliau dilantik menjadi Profesor Lucasian Matematik di Universiti Cambridge, selepas beliau berpindah dari Universiti Oxford di mana beliau mempelajar­i kosmologi dan astronomi teori.

Newton pernah memegang jawatan berprestij itu.

Di dalam kerangka badannya yang semakin tidak berguna adalah minda yang begitu tajam dan terpesona dengan sifat alam semesta, bagaimana ia dibentuk dan bagaimana ia mungkin akan berakhir.

“Matlamat saya adalah mudah,” beliau pernah berkata. “Ia adalah untuk memahami alam semesta sepenuhnya, kenapa ia begitu dan kenapa ia wujud pun.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERDEPAN KRISIS: Ardern pada sidang akhbar di Wellington pada 6 November, 2017.
— Gambar AFP BERDEPAN KRISIS: Ardern pada sidang akhbar di Wellington pada 6 November, 2017.
 ?? — Gambar AFP ?? SUDAH TIADA: Gambar fail 19 September, 2013 menunjukka­n Hawking ketika menghadiri penayangan gala dokumentar­i mengenai kehidupan saintis itu berjudul ‘Hawking’, pada malam pembukaan Festival Filem Cambridge di England.
— Gambar AFP SUDAH TIADA: Gambar fail 19 September, 2013 menunjukka­n Hawking ketika menghadiri penayangan gala dokumentar­i mengenai kehidupan saintis itu berjudul ‘Hawking’, pada malam pembukaan Festival Filem Cambridge di England.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia