Utusan Borneo (Sarawak)

Dakwaan pencabulan seksual krisis besar pertama buat Ardern

-

WELLINGTON: Terkejut dengan dakwaan tentang pencabulan seksual, Parti Buruh yang memerintah di New Zealand mengarahka­n semakan semula ke atas prosedur dalamannya semalam dalam krisis besar pertama yang dialami kerajaan baharu Perdana Menteri Jacinda Ardern.

Parti haluan kiri tengah itu digegarkan oleh dakwaan bahawa empat remaja telah diraba dan diganggu secara seksual di sebuah kem Buruh Muda pada bulan lepas dan pegawai tidak berbuat apa- apa untuk membantu mereka.

Polis melancarka­n siasatan semalam manakala Ardern, yang memegang kuasa pada Oktober lalu, mengakui pegawai tertinggi dalam partinya membuat kesilapan dalam cara mereka menangani insiden itu.

“Itulah sebabnya kenapa parti kami sedang mengambil langkah untuk memastikan ia tidak akan berlaku lagi,” katanya kepada pemberita.

Dakwaan itu berkisar sekitar sebuah kem musim panas Buruh Muda di mukim Waihi di North Island pada bulan lepas, di mana ia didakwa bahawa remaja bawah umur te- lah mengadakan parti mabuk larut malam.

Laman sesawang newsroom.co.nz melaporkan seorang lelaki berusia 20 tahun mengganggu empat remaja berusia 16 tahun secara seksual.

Tiga daripada remaja tersebut berkata dia memasukkan tangannya ke dalam seluar mereka.

Ia berkata mereka melaporkan kelakuan lelaki itu kepada pegawai tertinggi Buruh tetapi tiada tindakan diambil sehingga tiga minggu kemudian, apabila cerita itu bakal diketahui orang ramai.

Di antara mereka yang dimaklumka­n tentang pencabulan itu adalah Setiausaha Agung Buruh, Andrew Kirton, yang dilihat sebagai arkitek kempen pilihan raya ‘Jacinda-mania’ Ardern yang berjaya.

Kirton berkata pada minggu ini bahawa beliau tidak memberitah­u polis atau ibu bapa remaja terbabit kerana beliau mahu melindungi privasi mangsa.

Ardern, yang hanya tahu mengenai insiden itu pada minggu ini, menafikan cubaan untuk menyembuny­ikan kelakuan jenayah yang tidak manis itu dan mungkin bersifat jenayah.

“Ia ditangani dengan buruk tetapi saya tidak percaya bahawa hasrat itu ada untuk membiarkan kemudarata­n berlaku,” katanya dan menambah Kirton mahupun Presiden Buruh Nigel Haworth tidak akan meletak jawatan berhubung isu itu.

Haworth berkata peguam dari Wellington, Maria Berryman, telah ditauliahk­an untuk menjalanka­n semakan luaran semula ke atas prosedur dan budaya Buruh.

“Kami memandang perkara ini dengan amat serius sekali, ini merupakan semakan semula paling komprehens­if dalam perkara ini yang saya rasa pernah dilaksanak­an oleh manamana parti politik,” katanya kepada pemberita.

“Kami akan menjadikan ini sebuah parti yang amat selamat sama sekali bagi orang sebarang usia, sebarang jantina, sebarang orientasi.”

Polis mengesahka­n mereka telah melancarka­n siasatan serangan seksual tetapi menambah “kami tidak akan bercakap mengenai langkah siasatan khusus atau meletakkan rangka waktu ke atas siasatan itu”. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia