Utusan Borneo (Sarawak)

Keganasan etnik di tengah Mali ragut 25 nyawa

-

BAMAKO: Sekurangku­rangnya 25 orang sudah maut dalam keganasan antara kaum di tengah Mali sejak seminggu lalu, kata seorang ketua masyarakat tempatan kelmarin, manakala sukusuku etnik bertelagah berhubung tanah dalam sebuah zon di mana kerajaan hampir tidak ada dan pelampau jihad berkeliara­n dengan bebas.

Kaum Fulani yang berpindah- randah dan petani daripada suku etnik Dogon telah terlibat dalam keganasan balas-membalas yang dice- tuskan oleh kaum Fulani yang menternak lembu mereka di atas tanah Dogon.

Kaum Dogon juga menuduh kaum Fulani di kawasan itu bersubahat dengan ulama Amadou Koufa, ketua kumpulan pelampau Islam yang baru- baru ini menyertai Kumpulan Untuk Menyokong Islam dan Muslim, sebuah pakatan jihad yang ada hubungan dengan Al-Qaeda.

“Sejak lapan hari lepas, 25 orang Fulani telah dibunuh oleh pemburu Dogon yang dilengkapi senjata yang hanya dijumpai di kalangan anggota tentera tetap,” kata Abdoul Aziz Diallo, presiden kumpulan komuniti Tabital Pulaaku yang mewakili masyarakat Fulani di Mali.

Belum ada bilangan rasmi diumumkan oleh pihak berkuasa di Bamako tetapi seorang pegawai yang dipilih rakyat di tengah Mali bercakap mengenai “puluhan orang yang terbunuh dalam satu pihak atau pihak lain”.

Kerajaan Mali dan gabenor wilayah menafikan menyediaka­n senjata kepada kumpulan-kumpulan yang menentang satu sama lain.

Menteri Keselamata­n Mali, Salif Traore, kelmarin menggambar­kan situasi itu sebagai “sangat rumit”.

“Apabila pasukan keselamata­n memasuki kawasan itu, lelaki bersenjata menyembuny­ikan senjata mereka, dan apabila tentera meninggalk­an kawasan itu sekali lagi, orang ini mengeluark­an senjata mereka,” katanya di satu sidang akhbar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia