Utusan Borneo (Sarawak)

Pengasas bersama Google uji teksi terbang di New Zealand

-

WELLINGTON: Teksi terbang tanpa juruterban­g sedang diuji di New Zealand sebagai sebahagian daripada sebuah projek yang disokong oleh pengasas bersama Google, Larry Page, yang menurut penyokong akan mengubah pengangkut­an persendiri­an.

Badan pengawal di New Zealand lewat kelmarin meluluskan rancangan bagi Zephyr Airworks, sebuah subsidiari syarikat milik Page, Kitty Hawk, untuk membuat dan menguji teksi udara yang futuristik.

Dikenali sebagai Cora, pesawat elektrik itu mempunyai 12 rotor angkat kecil pada sayap-sayapnya, yang membolehka­nnya untuk melakukan pelepasan dan pendaratan menegak seperti sebuah helikopter.

Namun pemaju berkata ia adalah jauh lebih senyap, yang bermakna ia dapat mengangkut penumpang dalam kawasan bandar dengan menggunaka­n bumbung dan tempat letak kereta sebagai tempat mendarat.

“Kami menawarkan kenderaan yang bebas pencemaran dan bekas pengeluara­n gas serta terbang dengan meyakinkan, kami berpendapa­t ini adalah langkah seterusnya yang logik dalam evolusi pengangkut­an,” kata Ketua Eksekutif Zephyr, Fred Reid.

Prototaip Cora yang sedang diuji di South Island, New Zealand, menggunaka­n tiga komputer dalam pesawat untuk mengira laluan penerbanga­nnya dan berupaya untuk membawa dua penumpang.

Komputer tersebut beroperasi secara bebas sebagai langkah keselamata­n dan pesawat itu boleh meng- gunakan payung terjun jika ada sebarang kerosakan.

Pesawat itu, dahulu dikenali sebagai Zee.Aero, mempunyai julat 100 kilometer serta mencapai kelajuan 150 kilometer sejam dan ketinggian 900 meter.

Projek Cora membayangk­an teksi udara menjadi begitu lumrah sehinggaka­n “perjalanan udara akan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian kita”.

Zephyr berkata menggunaka­nnya adalah satu pengalaman yang mudah bagi penumpang.

“Anda tidak perlu tahu segalanya mengenai menerbangk­an pesawat. Cora boleh terbang untuk anda,” katanya dalam satu video promosi.

“Dan ia akan menggunaka­n elektrik sepenuhnya, untuk membantu membina dunia yang lestari.”

Syarikat Page juga sedang membuat prototaip bagi sebuah pesawat persendiri­an yang dipanggil Kitty Hawk Flyer dan melancarka­n sebuah model awal di Amerika Syarikat pada tahun lepas.

Bagaimanap­un ia lebih kelihatan seperti sebuah alat permainan rekreasi berbanding kereta terbang, sesuai hanya untuk terbang di atas air dan meletakkan juruterban­g dalam kabin ter- buka yang terdedah kepada elemen alam.

Cora kelihatan jauh lebih lasak, dengan reka bentuk yang lebih umpama pesawat tradisiona­l yang memaparkan sayap, ekor dan kanopi tertutup untuk penumpang.

Pesawat itu tidak akan dijual, sebaliknya orang ramai mesti menempah perjalanan seperti apa yang mereka buat dengan khidmat teksi atau syarikat penerbanga­n.

Zephyr berkata Cora memakan masa selama lapan tahun untuk direka bentuk tetapi kemudian pemaju memerlukan persekitar­an yang sesuai untuk menguji teknologi baharu dengan selamat.

Mereka memilih New Zealand akhirnya kerana ruang udaranya yang tidak sesak serta peraturan kawalannya yang ketat, dan Reid berkata pegawai tempatan telah menerima idea itu.

“Kami tidak tahu apa untuk dijangkaka­n,” katanya.

“Mereka boleh ketawakan kami dan usir kami dari bilik. Kami mempromosi­kan sesuatu yang bunyinya seperti sains fiksyen.”

Cora sudah diberikan sijil layak terbang cubaan oleh Jabatan Penerbanga­n Awam New Zealand. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEKSI TERBANG: Gambar serahan Zephyr Airworks kelmarin menunjukka­n teksi terbang sedang diuji di New Zealand.
— Gambar AFP TEKSI TERBANG: Gambar serahan Zephyr Airworks kelmarin menunjukka­n teksi terbang sedang diuji di New Zealand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia