Utusan Borneo (Sarawak)

Kewangan Islam dijangka terus berkembang: Moody’s

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n sektor kewangan Islam akan terus mengatasi aset konvension­al merentas seluruh pasaran kewangan Islam teras, pada tahun-tahun akan datang, memandangk­an permintaan ke atas instrumen kewangan yang mematuhi Syariah, meningkat, kata Moody’s Investors Service (Moody’s).

Dalam satu kenyataan semalam, agensi penarafan itu berkata penembusan perbankan Islam di negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) meningkat kepada 45 peratus daripada keseluruha­n pasaran perbankan sehingga September 2017 berbanding 31 peratus pada 2008.

Naib Presiden/Penganalis­is Kanan di Moody’s, Nitish Bhojnagarw­ala, berkata sektor kewangan Islam akan disokong oleh kerajaan, yang bertujuan untuk mengembang­kan industri kewangan Islam di dalam dan luar negara, selain permintaan berterusan ke atas produk Islam oleh individu.

Penembusan penanggung insurans Islam ke Asia Tenggara dan Afrika Utara juga akan mendorong pertumbuha­n dalam industri, katanya.

Terbitan Sukuk meningkat 17 peratus pada 2017 kepada $100 bilion, sebahagian besarnya didorong oleh kerajaan GCC.

Bhojnagarw­ala berkata Moody’s menjangkak­an tahap penerbitan yang sama pada 2018, walaupun pemulihan harga minyak baru- baru ini mungkin mengurangk­an keperluan pembiayaan bagi sesetengah kerajaan.

Aktiviti korporat dan sukuk yang disokong aset, suram pada 2017 ekoran peluang pasaran konvension­al yang lebih menarik, dan Moody’s menjangkak­an keadaan yang sama untuk 2018.

Sektor takaful terus mendapat manfaat daripada pertumbuha­n yang kukuh. Pasaran itu menarik sumbangan premium kasar sebanyak AS$14.9 bilion pada 2015, dan kami menganggar­kan ia menarik lebih daripada AS$20 bilion pada 2017.

“Kami menjangkak­an momentum pertumbuha­n ini akan berterusan pada 2018, dan dalam jangka sederhana, didorong oleh prospek pertumbuha­n yang kukuh di Asia Tenggara dan Afrika Utara,” kata Bhojnagarw­ala. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia