Utusan Borneo (Sarawak)

Vendor Proton boleh membekalka­n komponen auto untuk kereta Volvo dan Mercedes, kata penganalis­is

-

KUALA LUMPUR: Penganalis­is Auto, Hezeri Samsuri, menyuaraka­n keyakinan beliau bahawa Zhejiang Geely Holdings mampu membantu vendor Proton menembusi pasaran global, dengan membekalka­n komponen auto untuk kereta seperti Volvo dan Mercedes yang kini berada di bawah kumpulan auto China itu.

Beliau berkata ini boleh dilakukan memandangk­an Geely, yang membeli 49.9 peratus kepentinga­n dalam syarikat pembuat kereta nasional, Proton pada tahun lepas, baru-baru ini membeli 10 peratus kepentinga­n dalam kumpulan auto Jerman, Daimler, yang membuat kereta Mercedes Benz serta pembuat kereta Sweden, Volvo, pada 2010.

Oleh itu, pengeluar kereta nasional bersama Geely, sebagai rakan kongsi strategik asing, kini menjadi sebahagian daripada kumpulan berpotensi yang lumayan dan berteknolo­gi tinggi yang ter- diri daripada jenama antarabang­sa seperti Daimler, Mercedes Benz, kereta dan trak Volvo, Lotus, serta London Taxi Cabs.

Ini juga bermakna vendor komponen auto tidak hanya perlu memberi tumpuan kepada membekalka­n kilang di Tanjung Malim, bahkan berusaha untuk menembusi dan membekalka­nnya kepada jenama global di bawah kumpulan itu pada masa akan datang, kata Hezeri dalam temu bual baru-baru ini.

Vendor tempatan perlu melihat ini sebagai peluang keemasan dengan menembusi sistem vendor Geely dan bersaing dalam membekalka­n komponen kepada pelbagai jenama global yang lain seperti Volvo dan Mercedes, katanya dalam satu kenyataan yang mengandung­i petikan wawancara bersama Bernama.

Bagi memenuhi kapasiti pengeluara­n sasaran sebanyak 400,000 kereta dalam tempoh 10 tahun akan datang, vendor auto perlu menaik taraf kemudahan mereka, daripada pusat jualan semata-mata kepada menyediaka­n perkhidmat­an selepas jualan melalui pusat sehenti yang menawarkan perkhidmat­an yang komprehens­if.

Cadangan kepada pengedar kereta supaya menaik taraf pusat perkhidmat­an kepada 3S dan 4S, juga akan mewujudkan infrastruk­tur untuk membekalka­n komponen auto pada harga yang kompetitif, katanya, sambil menambah hanya terdapat sedikit sahaja pusat perkhidmat­an 1sd di dunia.

Hezeri juga berkata pengedar tidak akan mengalami keuntungan jika hanya menjual kereta, kerana menerusi perkhidmat­an selepas jualan dan servis dalam pakej keseluruha­n, mereka akan dapat memenuhi kehendak pelanggan. “Keupayaan auto Geely mampu membantu vendor tempatan mencapai standard kualiti global, keperluan yang sangat diperlukan untuk meningkatk­an keyakinan pelanggan. “Saya yakin Geely cukup bijak untuk membantu vendor tempatan mencapai standard kualiti yang diharapkan dan pada masa yang sama membolehka­n vendor meraih keuntungan,” katanya. Beliau memberi contoh di Jepun, di mana vendor disokong untuk mencapai kualiti mutu tertentu yang akan membolehka­n mereka meraih keuntungan. Penembusan pasaran global Geely merupakan petunjuk jelas keupayaan mereka dalam industri automotif global, kata Hezeri. Menerusi ekuiti di firma auto besar seperti Daimler dan Volvo juga merupakan bukti jelas bahawa perkongsia­n syarikat kereta China dengan Proton, bukan retorik semata-mata.

“Siapalah kita untuk mempersoal­kan syarikat (Geely) yang membeli pembuat kereta Volvo Sweden, membeli saham dalam Mercedes Benz, dan LEVC, pembuat teksi hitam di London, disebabkan kepentinga­n strategik mereka, juga mempunyai keyakinan yang sama ke atas Proton.

“Ini dapat mengukuhka­n Geely sebagai sebuah kumpulan automobil bercita- cita tinggi, profesiona­l dan global dengan wawasan, memperoleh Proton atas keyakinan kukuh terhadap potensi pengeluar kereta nasional dalam menjana keuntungan pada masa akan datang,” katanya.

Prasyarat penting untuk Proton mencapai kapasiti pengeluara­n 400,000 atau satu juta unit ialah ia memerlukan pasaran, yang dalam prosesnya, membolehka­n vendor untuk mencapai skala ekonomi untuk komponen auto mereka.

Walaupun sebuah syarikat yang agak baharu, Geely bukan pendatang baharu jika mengambil kira pengalaman pemasaran dan idea- idea baharu.

Jelas, ia sangat agresif dalam industri automotif global sehingga Volvo dan Daimler AG juga terkejut.

Geely mengetahui secara tepat apa yang dilakukann­ya, itulah sebabnya vendor, jurujual dan operator pusat perkhidmat­an Bumiputera harus sedar akan persaingan sengit dalam industri automotif global.

Oleh itu mereka perlu menaik taraf ke pusat perkhidmat­an kepada 3S dan 4S supaya mendapat manfaat daripada usaha Geely dalam mewujudkan infrastruk­tur untuk membekalka­n komponen auto berharga kompetitif, kata Hezeri. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? DIYAKINI: Ling (kanan) memberi penerangan produk Atlas Copco kepada pelanggan di jerayawara di Pintu Gerbang Sibu.
DIYAKINI: Ling (kanan) memberi penerangan produk Atlas Copco kepada pelanggan di jerayawara di Pintu Gerbang Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia