Utusan Borneo (Sarawak)

Resort Pulau Upeh dibangun semula dengan kos RM20 juta

-

MELAKA: Bangunan resort sedia ada di Pulau Upeh di sini akan dibangunka­n semula sebagai D’Upeh Wellness Resort & Spa dengan kos RM20 juta melibatkan kerjasama Chief Minister Incorporat­ed (CMI) dan Mrails Internatio­nal Sdn Bhd.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata, resort itu menawarkan 39 unit chalet yang dibaik pulih dengan menerapkan ciri-ciri seni bina masyarakat majmuk negara ini termasuk dari segi bumbung pagoda, kemasan dinding, ukiran, papan dan tangga.

Beliau berkata, resort itu dijangka mampu menarik kira-kira 51,000 pelancong tempatan serta luar negara setahun ke Pulau Upeh yang terkenal sebagai antara pulau pendaratan penyu karah di negeri ini.

“Pulau ini juga istimewa kerana merupakan antara lokasi spesies penyu karah mendarat yang mana pada tahun lepas sebanyak 36 penyu mendarat dan 4,515 biji telur berjaya dikutip.

“Pembanguna­n di kawasan itu nanti akan menjadi pemangkin kepada perkembang­an sektor ekonomi masyarakat setempat di samping menjadi nilai tambah kepada produk pelanconga­n di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menyaksika­n majlis usaha sama itu, semalam.

Pada majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Roslan Ibrahim mewakili CMI manakala Mrails Internatio­nal Sdn Bhd oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Umeda Sentaro.

Mengulas lanjut, Idris berkata, resort dengan keluasan 2.64 hektar serta dijangka siap 18 bulan lagi itu akan mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.

Menurutnya, Mrails juga akan membelanja­kan kirakira RM1 juta untuk membaik pulih dan mengindahk­an pantai sekitar pulau tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia