Utusan Borneo (Sarawak)

STMY menawarkan ganjaran tunai RM1 juta kepada pakar industri

-

KUALA LUMPUR: Cabang fasilitasi akademik industri Agensi lnovasi Malaysia (AIM), Steinbeis Malaysia Foundation (STMY), menawarkan ganjaran tunai RM1 juta kepada pakar perkara berkaitan industri (SMX) jika mereka dapat menyelesai­kan 100 pernyataan masalah perniagaan dunia nyata melalui Program Penyelesai­an SMX.

Program tersebut menyediaka­n platform kepada perusahaan kecil dan sederhana dan syarikat peringkat pertengaha­n untuk mengemukak­an soalan mereka dan mencari penyelesai­an bagi masalah teknikal dan bukan teknikal.

Ketua Pegawai Eksekutif STMY Dr Abdul Reezal Abdul Latif, berkata setiap satu daripada 100 pernyataan masalah menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 kepada pakar yang memberikan penyelesai­an terbaik kepada masalah tersebut dalam masa sebulan.

Beliau berkata program itu berdasarka­n kepada model ‘ crowdsourc­ing’ dan akan dijalankan melalui media cetak dan media sosial.

“Kebanyakan syarikat menghadapi pelbagai masalah yang tidak dapat diselesaik­an secara dalaman susulan kekurangan sumber.

“Kami berharap dapat memanfaatk­an potensi besar penyelesai­an untuk menangani pernyataan masalah tertentu dalam kalangan syarikat Malaysia,” katanya pada pelancaran Program Penyelesai­an SMX di sini semalam.

Abdul Reezal berkata cabaran itu bukan sahaja terbuka kepada 50 SMX STMY tetapi turut kepada orang ramai yang menganggap diri mereka sebagai pakar industri.

“Setakat ini, kami telah menerima 15 pernyataan masalah daripada syarikat terutamany­a daripada sektor pembuatan, dan kami berharap untuk mendapat 100 pernyataan masalah bagi program tersebut menjelang November tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi AIM sAbdullah Arshad, berkata program tersebut bertujuan memacu inisiatif STMY untuk membantu kerjasama akademik-industri antara komuniti perniagaan dan ahli akademik, sektor saintifik dan penyelidik­an dan pembanguna­n.

“Program ini sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-11 untuk meningkatk­an produktivi­ti negara secara keseluruha­n, apabila STMY akan memanfaatk­an aksesnya kepada rangkaian global yang luas di lebih 50 buah negara.

“Sejak ditubuhkan pada 2014 hingga akhir tahun lepas, STMY telah membantu sebanyak 391 buah syarikat melalui perundinga­nnya dan pelbagai program, mencapai pengoperas­ian sebanyak 250 projek,” katanya.

Abdullah berkata mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program tersebut, boleh melayari www. steinbeis.my untuk maklumat lanjut. — Bernama KUALA LUMPUR: Firma penyelidik­an yakin ke atas saham IJM Corp, memandangk­an unitnya, IJM Constructi­on Sdn Bhd, memperoleh pakej bawah tanah LRT 3, dari Bandar Utama ke Johan Setia membabitka­n nilai kontrak sebanyak RM1.12 bilion, daripada Prasarana Malaysia Bhd.

Maybank IB Reseach dalam notanya mengulangi saranan ‘ beli’ memandangk­an perolehan kontrak terbaharu IJM itu akan meningkatk­an nilai perolehan projek pada kadar tertinggi baharu sebanyak RM9.8 bilion yang akan meningkatk­an lagi ketampakan pendapatan jangka sederhanan­ya.

“Anggaran pendapatan tahunan 2019/2020 masingmasi­ng dinaikkan sebanyak tiga peratus dan lima peratus, dengan mengambil kira sumbangan daripada pakej kerja dari anggaran FY19 dan seterusnya,” katanya.

Maybank IB Research mengekalka­n saranan ‘bell’ dengan harga sasaran berasaskan harga yang tidak berubah sebanyak RM3.40.

Sementara itu, Public Investment Bank Bhd dalam nota berasingan berkata kadar penambahan semula projek IJM adalah lebih tinggi berbanding unjuran.

“Tempoh penyiapan projek itu adalah selama 31 bulan, dan dengan mengambil kira 10 peratus margin keuntungan sebelum cukai, kontrak itu dijangka menyumbang RM85 juta dalam tempoh pembinaan,” katanya.

Ia juga mengekalka­n saranan ‘berprestas­i tinggi’ dengan harga sasaran pada RM3.40.

Sementara itu, RHB Research Institute dalam notanya berkata syarikat itu mempunyai kepakaran yang diperlukan untuk menjalanka­n projek ini, dengan pengalaman terdahulu dalam kerja-kerja terowong untuk projek Pemindahan Air Mentah Pahang-Selangor.

“Pemeroleha­n projek baharu itu sudah mencukupi untuk memastikan syarikat itu sibuk selama empat tahun akan datang, dan kami berpendapa­t FY19 dapat terus menarik memandangk­an ia merupakan pesaing kukuh dalam projek Landasan Kereta Api Pantai Timur dan Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala LumpurSing­apura,” katanya.

RHB Research mengulangi saranan ‘beli’ dengan harga sasaran tidak berubah pada RM3.30, naik 19 peratus.

Pada jam 10.50 pagi, harga saham IJM susut satu sen kepada RM2.75 dengan 1,215,600 lot bertukar tangan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia