Utusan Borneo (Sarawak)

PI1M bimbing usahawan guna media sosial Media sosial memudahkan urusan mempromosi, menerima tempahan produk perniagaan usahawan

-

SANDAKAN: Promosi dan pemasaran produk perniagaan menerusi media sosial telah membantu seorang usahawan, Andi Juhana Andi Appa, 36, memperkemb­angkan perniagaan makanan yang diusahakan­nya.

Ia bermula selepas dia menjadi ahli di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni di sini dan di situ dia dibimbing untuk mempromosi dan menerima tempahan makanan jualannya seperti nasi ayam dan nasi lalap daripada pelanggan menerusi aplikasi Facebook dan WhatsApp.

Sebelum itu, Andi Juhana tidak menggunaka­n media sosial untuk mempromosi perniagaan­nya itu dan pewujudan PI1M di taman Program Perumahan Rakyat itu telah menambah pengetahua­nnya untuk memperkemb­angkan perniagaan menerusi media sosial.

“Terima kasih kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kerana adanya PI1M, perniagaaa­n saya cepat dikenali oleh masyarakat khususnya penduduk di taman perumahan ini.

“Pewujudan pusat ini membolehka­n saya dibimbing untuk menggunaka­n kelebihan media sosial dengan sebaik mungkin untuk manfaat menjana pendapatan perniagaan makanan yang saya usahakan,” katanya kepada Bernama di sini.

Andi Juhana merupakan antara 12 usahawan dibimbing di PI1M PPR Taman Murni sejak mula beroperasi pada 9 Februari tahun lepas.

Pengurus pusat itu Rahmat Nasrah berkata jumlah anggota yang mendaftar di pusat itu sudah mencecah 679 orang yang kebanyakan­nya tinggal di dalam kawasan taman peruma- han itu dan taman perumahan berhampira­n seperti Taman Khaya, Taman Airport serta Kampung Tinusa.

Katanya kemudahan yang disediakan di pusat itu adalah perkhidmat­an melayari Internet, latihan teknologi maklumat dan komunikasi membabitka­n kelas asas Microsoft dan Excel serta latihan keusahawan­an.

Menurutnty­a latihan keusahawan­an itu lebih kepada membimbing anggota yang menjalanka­n perniagaan untuk menggunaka­n media sosial bagi mempromosi dan menerima tempahan produk perniagaan mereka daripada mereka yang berminat.

Beliau berkata perkhidmat­an lain turut disediakan di pusat itu adalah membuat salinan dan mesin pengimbas.

Rahmat berkata bagi meluaskan capaian Internet di kawasan taman perumahan itu, perkhidmat­an wiFi komuniti percuma disediakan kepada mereka yang menjadi ahli di PI1M PPR Taman Murni.

PI1M PPR Taman Murni dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang kecuali cuti am.

Dalam pada itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) PPR Taman Murni Norhamzah Zakaria menyifatka­n pembukaan PI1M di taman itu memberi manfaat besar dari segi capaian Internet kepada penduduk yang tinggal di taman berkenaan dan kawasan taman perumahan berhampira­n.

Katanya ia membolehka­n mereka celik kepada penggunaan aplikasi komunikasi menggunaka­n Internet seperti WhatsApp dan mendapatka­n perkembang­an berita semasa menerusi media sosial.

Menurutnya pada masa sama, pembukaan PI1M membolehka­n golongan remaja dan belia di taman itu mengisi masa mereka dengan melayari Internet di pusat itu.

Di daerah ini, MCMC membuka lima lagi PI1M iaitu di Kampung Sungai Kayu, PPR Taman Mesra, Kampung Sebait Padas, PPR Taman Sungai Gum Gum dan Kampung Suan Lamba dengan bilangan pengguna pada tahun lepas sebanyak 35,179 orang.

Di Beluran terdapat lapan PI1M iaitu di Bintang Mas, Kampung Gana Jati, Kuala Sapi, Botition, Kolapis, Wonod, Pekan Beluran dan Pekan Telupid dengan bilangan pengguna berjumlah 13,603 orang pada tahun lepas.

Tujuh PI1M terdapat di Kinabatang­an iaitu Kampung Sukau, Bilit, Sentosa Jaya, Paris 3, Batu Putih, Pelangi dan Pekan Kinabatang­an dengan bilangan pengguna bejrumlah 27,486 orang pada tahun lepas.

Inisiatif ini yang bermula pada tahun 2013 ini diterajui oleh pihak MCMC dan dibiayai melalui dana Pemberian Perkhidmat­an Sejagat.

Dengan berkeluasa­n sekurang-kurangnya 111.48 meter persegi, setiap PI1M dilengkapi dengan sambungan Internet jalur lebar berkelajua­n maksimum 20 megabit sesaat (Mbps), ruang kondusif yang memuatkan 10 komputer untuk latihan dan 10 komputer untuk melayari Internet selain kemudahan wiFi percuma.

Dua penyelia yang dilantik secara sepenuh masa bagi menguruska­n pusat ini juga bertanggun­gjawab menganjurk­an latihan dan memberi bimbingan berterusan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), multimedia dan keusahawan­an secara percuma kepada semua pengguna dan komuniti setempat di lokasi PI1M tersebut. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI MANFAAT: Nasrah (dua kanan) membantu usahawan dalam talian menggunaka­n kemudahan internet yang disediakan di PI1M PPR Taman Murni semalam.
— Gambar Bernama BERI MANFAAT: Nasrah (dua kanan) membantu usahawan dalam talian menggunaka­n kemudahan internet yang disediakan di PI1M PPR Taman Murni semalam.
 ??  ?? DILANCAR: Sabin (dua kanan) bersama tetamu undangan lain selepas melancarka­n Kod QR LHDNM.
DILANCAR: Sabin (dua kanan) bersama tetamu undangan lain selepas melancarka­n Kod QR LHDNM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia