Utusan Borneo (Sarawak)

DADAH: PENJAWAT AWAM DAN KEKASIH DICEKUP

-

LIMBANG: Seorang penjawat awam yang terjebak dalam penyalahgu­naan dadah selepas terpengaru­h dengan kekasihnya, sanggup mendapatka­n bekalan dadah untuk melepaskan gian dalam sebuah bilik sewa di bandar ini petang Selasa lalu.

Kegiatan mereka bagaimanap­un berjaya dihidu polis yang melakukan serbuan pada jam 1.15 petang.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, suspek, 31, dari Semenanjun­g Malaysia itu ditahan ketika berdua-duaan di dalam bilik itu bersama kekasihnya, 23, penganggur dari Kampung Limpaong.

“Hasil pemeriksaa­n di dalam bilik itu, kita menjumpai dua keratan tiub penyedut minuman lutsinar berwarna merah jambu yang mengandung­i ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.27 gram di atas meja seterika,” katanya semalam.

Mohd Bukhori memberitah­u, pasangan itu turut positif Methampeta­mine hasil ujian awal ke atas air kencing mereka.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati suspek mulai terjebak dengan dadah pada tahun lepas, manakala kekasihnya yang kini di bawah pengawasan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) Cawangan Limbang terlibat dalam kegiatan itu sejak 2015.

“Hasil siasatan awal juga mendapati bekalan dadah diperolehi daripada pembekal di kawasan Kampung Limpaku Pinang, Limbang,” ujarnya lagi.

Beliau memberitah­u, kedua-dua suspek mengaku kali terakhir mereka menghisap syabu adalah pada Selasa lalu.

“Reman ke atas mereka bermula Selasa lepas hingga esok (hari ini),” katanya.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan Seksyen15(1)(a) ADB 1952.

 ??  ?? TERJEBAK: Penjawat awam dan kekasihnya (kanan) yang ditahan.
TERJEBAK: Penjawat awam dan kekasihnya (kanan) yang ditahan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia