Utusan Borneo (Sarawak)

‘RAJA BARCA’ GAGALKAN THE BLUES TAKLUK EROPAH

Gol ke-100 Messi di Eropah bawa Barcelona ke suku akhir Liga Juara Juara dengan kemenangan 3-0 dan 4-1 secara agregat

-

BARCELONA, Sepanyol: Barcelona mengangkat Lionel Messi sebagai “Raja” dan beliau menghukum Chelsea dengan dua gol untuk menjaringk­an 100 gol dalam Liga JuaraJuara serta melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan. n.

Selepas membentang kain rentang bertulis ertulis ‘ Tuhan Selamatkan Raja’ sebelum sepak mula, penyokong yokong Barca semakin akin berpesta kegembiraa­n mbiraan apabila Messi membuka jaringan seawal 129 saat permainan di Nou Camp. mp.

Beliau kemudian emudian mengumpan bola kepada Ousmane Dembele untuk menambah jaringan pada perlawanan kedua pusingan kedua sebelum menjaringk­an gol ke-100 di Eropah pada penampilan ke- 123 untuk melengkapk­an kemenangan 3-0 dan 4-1 secara agregat.

Messi menjadi pemain kedua menjaringk­an 100 gol di Eropah, selepas Cristiano Ronaldo dari Real Madrid, yang menjaringk­an 117 gol dalam 152 perlawanan.

“Beliau tahu pada m a s a tertentu,

Beliau tahu pada masa tertentu, bintangnya akan menyerlah. Ernesto Valverde Jurulatih Barca

bintangn bintangnya akan menyerl menyerlah,” kata jurulatih Barca, Ernesto V Valverde. “Kami gembira dengan beliau, kami juga bertuah kerana melihat s sesuatu y a n g a k a n menjadi sejarah.”

Pada akhirnya, pergerakan Messi untuk m e m b a n t u Dembele menjaringk­an g o l pertama beliau bersama Barca adalah satu lagi kehebatan luar biasa beliau. “Saya fikir seorang pemain yang hebat menjadi penentu keputusan akhir,” kata pengurus Chelsea, Antonio Conte. “Dalam dua perlawanan, beliau menjaringk­an tiga gol dan mengumpan bola kepada Dembele.” Ia juga melengkapk­an lima hari yang hebat untuk penyerang antarabang­sa Argentina berusia 39 tahun itu, yang tidak beraksi pada perlawanan La Liga Sepanyol menentang Malaga kerana menanti kelahiran anak ketiganya.

Chelsea, yang seri 1-1 pada perlawanan pertama di Stamford Bridge, tidak bernasib baik kerana berdepan dengan penyerang yang sangat cergas dan berada di tahap prestasi terbaiknya.

Selepas tamat permainan, Conte meninggalk­an padang dengan rasa akur dan mengucapka­n tahniah kepada Messi.

“Saya fikir apabila anda mempunyai peluang untuk memberikan pujian yang hebat kepada Messi, ia adalah sewajarnya,” tambah Conte. “Ia selayaknya untuk mengiktira­f seorang pemain yang sangat hebat.”

Chelsea mempunyai peluang, terutama sekali dalam separuh masa pertama tetapi dengan Barca sekali lagi mengawal permainan, mereka lebih banyak bertahan.

Chelsea mempunyai dua peluang terkena palang dan dinafikan satu tendangan penalti apabila Alonso dijatuhkan Gerard Pique dalam kotak penalti.

“Jika anda melihat perlawanan, anda boleh melihat keputusan akhir adalah tidak adil,” kata Conte. “Dari dua perlawanan, kami mempunyai empat peluang terkena palang. Ia sememangny­a sangat pelik.”

Dengan Manchester United juga tersingkir di tangan Sevilla dan Tottenham tewas kepada Juventus, kekalahan Chelsea bermakna Liga Perdana hanya mempunyai Liverpool dan Manchester City di peringkat suku akhir kejohanan.

Sepanyol mempunyai tiga wakil selepas Real Madrid menewaskan Paris Saint Germain (PSG.

Andres Iniesta menangani kecederaan hamstring untuk bermula dalam kesebelasa­n utama dengan Dembele sekali lagi turut disenaraik­an berbanding Paulinho selepas mempamerka­n aksi memberangs­angkan ketika menentang Malaga.

Conte menurunkan Olivier Giroud berbanding Alvaro Morata, yang bermula di bangku simpanan, dan Eden Hazard, yang diberikan kebenaran bergerak bebas. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DINAFIKAN PENGADIL: Chlesea tidak diberikan sepakan penalti selepas Alonso dijatuhkan Pique dalam kotak penalti pada aksi di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.
— Gambar Reuters DINAFIKAN PENGADIL: Chlesea tidak diberikan sepakan penalti selepas Alonso dijatuhkan Pique dalam kotak penalti pada aksi di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.
 ?? — Gambar Reuters ?? A K S I LUAR BIASA: Messi muncul pemain kedua menjaringk­an gol ke100 selepas Ronaldo di Eropah ketika beraksi pada p e r l awanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.
— Gambar Reuters A K S I LUAR BIASA: Messi muncul pemain kedua menjaringk­an gol ke100 selepas Ronaldo di Eropah ketika beraksi pada p e r l awanan di Nou Camp, Barcelona Rabu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia