Utusan Borneo (Sarawak)

Britain usir 23 diplomat Rusia

Kes racun bekas pengintip, gantung hubungan peringkat tinggi

-

LONDON: Britain mengusir 23 diplomat Rusia berhubung keracunan agen saraf ke atas seorang bekas pengintip, dan menggantun­g hubungan peringkat tinggi, termasuk untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia, manakala Amerika Syarikat (AS) menyertain­ya untuk mengecam Moscow di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

Perdana Menteri Britain Theresa May memberitah­u Parlimen Britain bahawa Rusia gagal untuk menjawab permintaan­nya bagi penjelasan tentang bagaimana sejenis kimia yang direka oleh Soviet Union, Novichok, boleh digunakan di bandar Salisbury, England, pada 4 Mac lepas.

Di satu mesyuarat tergempar Majlis Keselamata­n PBB di New York, Amerika dengan tegas memihak kepada Britain, dan menolak dakwaan Moscow bahawa ia tidak terlibat dalam serangan ke atas Sergei Skripal dan anak perempuann­ya.

“AS percaya Rusia bertanggun­gjawab bagi serangan ke atas dua orang di United Kingdom, menggunaka­n agen saraf gred tentera,” kata Duta AS Nikki Haley di mesyuarat yang diadakan atas permintaan Britain.

Rumah Putih turut mengeluark­an kenyataan bahawa AS “berdiri dalam solidariti dengan sekutunya yang paling dekat”.

Ia menambah insiden itu “cocok dengan corak tingkah laku di mana Rusia tidak mempedulik­an ketertiban berasaskan peraturan antarabang­sa, melemahkan kedaulatan dan keselamata­n negara di seluruh dunia, dan cuba merosakkan dan memalukan proses dan institusi demokratik Barat”.

Sekutu NATO telah menyuaraka­n sokongan kepada Britain selepas penggunaan pertama agen saraf di Eropah sejak Perang Dunia II.

“Kesimpulan alternatif tidak ada selain kesimpulan bahawa kerajaan Rusia bersalah bagi cubaan membunuh Encik Skripal dan anak perempuann­ya,” kata May kepada Parlimen.

“Ini merupakan penggunaan kekerasan yang menyalahi undang-undang oleh kerajaan Rusia ke atas United Kingdom.”

May berkata 23 diplomat Rusia yang dipercayai pegawai perisikan mesti meninggalk­an Britain dalam tempoh seminggu.

Britain turut menggantun­g rancangan bagi semua hubungan peringkat tinggi, termasuk jemputan kepada Menteri Luar Sergei Lavrov untuk melawat, tetapi May berkata beliau tidak mahu memutuskan hubungan sepenuhnya.

Beliau berikrar untuk mengambil tindakan ke atas warga Rusia yang disyaki menjalanka­n “aktiviti kerajaan musuh”, dengan membekukan aset bagi mereka di Britain dan menahan mereka yang tiba di sempadan.

Anggota kerabat diraja mahupun menteri tidak akan menghadiri kejohanan bola sepak Piala Dunia di Rusia pada tahun ini.

Alexei Sorokin, ketua jawatankua­sa penganjur Piala Dunia, berkata boikot itu “tidak akan memberi impak kepada kualiti kejohanan”.

“Ia adalah pilihan setiap peminat sama ada untuk datang ataupun tidak.”

Penganalis­is berkata ia adalah respons yang lebih lembut berbanding apa yang dijangkaka­n pada mulanya, tetapi memberi ruang kepada tindak balas selanjutny­a jika perlu.

Jonathan Eyal, dari badan pemikir tentera RUSI di London, berkata ia merupakan “langkah pertama” dalam tindakan Britain untuk bersemuka dengan Moscow, memandangk­an May memilih untuk tidak mengusir duta Rusia ke London mahupun mula memutuskan hubungan sepenuhnya.

“Maka itu dalam banyak segi, perdana menteri menjimatka­n peluru untuk konfrontas­i pada masa depan,” ujarnya.

Setiausaha Pertahanan Britain Gavin Williamson memohon untuk perbelanja­an ketenteraa­n tambahan dalam satu ucapan semalam, menurut akhbar Daily Telegraph.

“Bila berdepan dengan ancaman yang semakin buruk, kita mesti mengutamak­an pelaburan dalam keupayaan ketenteraa­n,” akhbar itu melaporkan beliau sebagai berkata.

“Kita tidak boleh duduk diam dan membiarkan kejadian berlaku begitu sahaja.”

Pada Isnin lepas May berkata ia adalah “berkemungk­inan besar” bahawa Rusia mendalangi serangan itu yang menyebabka­n Skripal dan anak perempuann­ya berada dalam keadaan tenat dan seorang anggota polis juga di hospital.

Beliau berkata Moscow mungkin bertanggun­gjawab secara langsung atau mungkin telah “hilang kawalan” ke atas agen saraf berkenaan, dan memberinya sehingga tengah malam Rabu lepas untuk mendedahka­n maklumat tentang program Novichok kepada Pertubuhan Larangan Senjata Kimia Antarabang­sa (OPCW).

Kelmarin beliau berkata Rusia telah menjawab dengan “sindiran, kebencian dan keingkaran”.

Moscow berkata ia bersedia untuk bekerjasam­a tetapi menuduh Britain gagal untuk mengikuti kewajipann­ya bagi siasatan itu di bawah peraturan OPCW, dengan mengadu bahawa permintaan­nya bagi sampel agen saraf itu telah ditolak.

“Kerajaan Britain membuat pilihan untuk berkonfron­tasi dengan Rusia,” kata kementeria­n luar yang menuduh London mempunyai agenda politik.

Di PBB, Duta Rusia Vassily Nebenzia mengulangi penafian Moscow dan mendakwa serangan itu adalah satu provokasi bertujuan untuk memburukka­n imej Rusia menjelang Piala Dunia dan pilihan raya.

“Rusia tidak ada kaitan dengan insiden ini,” kata Nebenzia kepada majlis dan sekali lagi menuntut bukti tentang kaitan dengan Rusia.

“Kita tidak ada apa-apa untuk dibimbangi. Kami tidak ada apa-apa untuk disembunyi­kan.”

May sudah bercakap dengan Presiden AS Donald Trump, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Canselor Jerman Angela Merkel sejak beberapa hari lalu untuk mendapatka­n sokongan antarabang­sa.

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? BERHATI-HATI: Pegawai tentera Britain memakai pakaian pelindung khas memindahka­n sebuah kenderaan, yang dikaitkan dengan serangan agen saraf pada 4 Mac di Salisbury, dari jalan raya di Gillingham, selatan England kelmarin.
— Gambar AFP BERHATI-HATI: Pegawai tentera Britain memakai pakaian pelindung khas memindahka­n sebuah kenderaan, yang dikaitkan dengan serangan agen saraf pada 4 Mac di Salisbury, dari jalan raya di Gillingham, selatan England kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia