Utusan Borneo (Sarawak)

MASUK HANYA UNTUK CURI MOTOSIKAL

-

BAU: Seorang lelaki warga Indonesia yang ditangkap cuba menyusup keluar menggunaka­n ‘jalan tikus’ di Kampung Duyoh, Serikin di sini mengaku memasuki negara ini hanya untuk mencuri motosikal.

Pegawai Memerintah Batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja (11RAMD) Lt Kol Salmi Istikh Ahmad berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditangkap sekitar jam 12 tengah malam Rabu lepas kira-kira 1.8 kilometer dari sempadan Malaysia-Indonesia.

Menurutnya, suspek bersama empat rakan senegarany­a menunggang tiga motosikal ketika ditahan untuk pemeriksaa­n, namun tidak diendahkan dan terus merempuh sekatan anggota Seksyen Tinjau 11 RAMD, Kem Serikin.

“Namun, tindakan itu menyebabka­n salah seorang daripada mereka terjatuh dari motosikal dan terus ditahan anggota yang bertugas, manakala empat lagi melarikan diri ke dalam hutan berdekatan bersama tiga motosikal tersebut.

“Hasil soal siasat ke atas suspek terbabit, dia mengaku tujuan mereka memasuki Malaysia adalah untuk mencuri motosikal,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutny­a.

“Penahanan dibuat terhadap suspek yang disyaki pencuri motosikal dikehendak­i polis, selain menggunaka­n laluan tidak sah untuk tujuan keluar masuk kedua-dua negara.

“Dokumen perjalanan, topi keledar dan telefon bimbit suspek turut dirampas,” katanya.

 ??  ?? TUMPAS: Suspek (tengah) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk siasatan lanjut.
TUMPAS: Suspek (tengah) ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia