Utusan Borneo (Sarawak)

PENCAPAIAN MENINGKAT

24 calon dapat gred A+ dalam semua mata pelajaran, GPN bagi SPM 2017 meningkat 0.17 berbanding 2016.

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Keputusan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 bagi negeri ini meningkat dengan 24 calon mendapat gred A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pendidikan Negeri Rakayah Madon berkata, daripada jumlah tersebut, seorang mendapat 12 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil iaitu Angel Lai An Ge dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist Sibu.

Manakala lima calon mendapat 11 A+, 15 mendapat 10 A+ dan tiga lagi mendapat 9 A+ dalam semua mata pelajaran yang diambil.

“Keseluruha­nnya, nilai Gred Purata Negeri (GPN) peperiksaa­n SPM 2017 bagi negeri ini ialah 5.17, lebih baik berbanding 5.34 pada 2016.

“Ini bermakna, pencapaian calon SPM kita bagi 2017 telah meningkat sebanyak 0.17 diukur dengan GPN,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan SPM 2017 Peringkat Negeri Sarawak di Auditorium Jabatan Pendidikan Negeri di sini semalam.

Rakayah berkata, berdasarka­n Gred Purata Sekolah (GPS), sebanyak 22 sekolah menengah di negeri ini berjaya mencapai GPS 4.00 dan ke bawah.

Sekolah menengah yang mencapai gred teratas bagi negeri ini ialah Sekolah Menengah Sains Kuching Utara, Padawan dengan nilai GPS 2.12 diikuti Sekolah Menengah Sains Miri dengan nilai GPS 2.17.

Daripada 59 mata pelajaran yang diambil oleh calon dari negeri ini, 57 mata pelajaran mencapai peratus kelulusan melebihi 80 peratus dengan 24 daripadany­a mencapai kelulusan 100 peratus.

Pencapaian calon negeri ini dalam SPM 2017 juga mengatasi atau menyamai pencapaian peringkat kebangsaan dalam 42 mata pelajaran.

Mengulas mengenai perbanding­an pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar pula, Rakayah berkata, tidak ada perbezaan ketara dalam keputusan SPM 2017 antara calon sekolah bandar dan luar bandar.

Malah katanya, calon sekolah luar bandar berjaya merapatkan jurang perbezaan dalam tiga mata pelajaran penting iaitu Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

“Saya percaya peningkata­n prestasi sekolah luar bandar dalam tiga mata pelajaran ini adalah didorong oleh usaha gigih para pelajar dan guru sendiri untuk merapatkan jurang dengan sekolah bandar.

“Saya juga yakin kedudukan Sarawak dalam pencapaian peperiksaa­n SPM 2017 di seluruh negara akan meningkat sekurang-kurangnya dua tangga daripada kedudukan ke-15 kepada 13 terbaik kerana tidak mudah untuk mendapat GPN 5.17,” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan tersebut.

Sementara itu, seramai 37,092 calon dari Sarawak mendaftar untuk menduduki peperiksaa­n SPM 2017 di 263 pusat peperiksaa­n dari 6 November hingga 4 Disember 2017.

Keputusan bagi calon sekolah boleh diperolehi bermula jam 10 pagi semalam, manakala keputusan bagi calon persendiri­an telah dihantar melalui pos.

Keputusan juga boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi semalam hingga 12 tengah malam 22 Mac 2018 dengan menaip SPM< jarak> Nombor Kad Pengenalan< jarak> Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888.

Calon yang ingin menyemak semula atau mengemas kini keputusan mereka boleh berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengumuman keputusan selewatlew­atnya 15 April 2018.

Borang semak semula atau pengemaski­nian keputusan dan borang pembetulan makluman calon boleh didapati daripada pihak sekolah masing-masing, Unit Penilaian dan Peperiksaa­n, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang.

Borang juga boleh didapati daripada Sektor Penilaian di Ibu Pejabat, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Jalan Diplomatik, Off Jalan Bako di sini.

 ??  ?? MEMBANGGAK­AN: Rakayah (tiga kanan) meraikan kejayaan bersama sebahagian pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM 2017, semalam.
MEMBANGGAK­AN: Rakayah (tiga kanan) meraikan kejayaan bersama sebahagian pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n SPM 2017, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia