Utusan Borneo (Sarawak)

Dua pemuda rompak gadis kena penjara, sebat

-

SIBU: Dua pemuda berusia 23 dan 25 tahun dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merompak secara berkumpula­n seorang gadis berusia 19 tahun di Sibu Jaya, awal Mac ini.

Mohd Shaffrin dan Mohd Safarnizam, kedua- duanya dari Sibu Jaya, juga dijatuhkan hukuman tujuh tahun penjara setelah disabitkan menda- tangkan kecederaan terhadap mangsa.

Hakim Caroline Bee Majanil bagaimanap­un memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara itu secara serentak mulai daripada tarikh mereka ditahan iaitu 7 Mac lepas.

Mengikut pertuduhan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan, Shaffrin dan Safarnizam didakwa melakukan rompakan berkumpula­n terhadap mangsa dengan merampas telefon bimbit jenama Vivo miliknya.

Seksyen 395 ini memperuntu­kkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan mendatangk­an kecederaan terhadap mangsa, kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Bagi kedua-dua pertuduhan terbabit, mereka didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Mac, 2018 kira-kira jam 3.30 pagi hingga 4 pagi di belakang sebuah flat di Sibu Jaya.

Dalam pada itu, Shaffrin turut didakwa di Mahkamah Majistret atas tuduhan menggunaka­n kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan mangsa dan dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara dan satu sebatan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 3 Mac, 2018 antara jam 3.30 pagi hingga 4 pagi di belakang sebuah flat di Sibu jaya.

Untuk pertuduhan itu, Shaffrin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan, atau mana-mana hukuman jika sabit kesalahan.

 ??  ?? MALANG: Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
MALANG: Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia