Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari lawat Pelabuhan Industri Samalaju

-

BINTULU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Industri Samalaju di Taman Perindustr­ian Samalaju di sini, semalam.

Turut mengiringi beliau ialah dua Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing yang juga merupakan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an, selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju Majang Renggi, ahli-ahli Lembaga Pembanguna­n Koridor Wilayah (RECODA) disertai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datu Ismawi Ismuni serta Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Turut serta Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) Rodziah Morshidi serta pegurusan dan pegawai-pegawai daripada Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA).

Semasa lawatan tersebut, Abang Johari diberi taklimat mengenai operasi pelabuhan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad ( BPHB) Datuk Mohammad Medan Abdullah, diikuti tayangan video korporat Samalaju Industrial Port Sdn Bhd (SIPSB) serta meninjau pemandanga­n pelabuhan dari menara tingkat lapan SIPSB.

Hadir sama Ketua Pegawai Operasi SIPSB Matshalleh Mohamad Etli, Ketua Pegawai Operasi Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB) Omar Salleh, Ketua Pegawai Operasi Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) Yusof Ibrahim serta pengurusan SIPSB.

Selain itu, di taman perindustr­ian yang sama ketua menteri dan rombongan turut mengadakan lawatan ke OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd dan OCIM Sdn Bhd serta diberi taklimat ringkas mengenai operasi kedua-dua loji berkenaan.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Mohammad Medan sambil disaksikan Masing (tengah), Uggah, Ismuni, Majang (kanan) dan Morshidi (kiri).
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Mohammad Medan sambil disaksikan Masing (tengah), Uggah, Ismuni, Majang (kanan) dan Morshidi (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia